Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Ops Catut” Pantau Harga...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menjalankan operasi "Ops...

Amanah Bertanding Enam Kerusi...

JOHOR BAHRU : Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka bertanding enam kerusi Parlimen di...

Video: Rakaman Perbualan Remaja...

SEJAK semalam, media sosial digemparkan dengan penyebaran audio perbualan seorang budak perempuan yang...

#LoFattah Ungguli Anugerah MeleTop...

ANUGERAH MeleTOp Era 2017 yang melabuhkan tirainya semalam menyaksikan pelakon Fattah Amin dan pengacara...

120 Pemilik BMW Raikan Impian Penghidap Kanser, Adik Rayyan

Kegembiraan jelas terpancar di wajah kanak-kanak itu yang menghidap kanser otot apabila melihat deretan kereta BMW berbaris di jalan raya di depan rumahnya di Padang Jawa, Klang malam tadi.

Adik Muhammad Rayyan Azhar, 5, tambah bertuah apabila diberi peluang memilih sendiri kereta jenama BMW mana yang disukainya bagi memenuhi impian menaiki kereta mewah itu.

Rayyan memilih sebuah kereta BMW putih yang menangkap perhatiannya.

BACA – Kanak-Kanak Hidap Kanser Teringin Naik BMW

Lebih 120 kereta jenama BMW dari kelab Mthusiast BMW Club serta kelab-kelab lain seperti BMW E60 Owners Club, E46 Bimmers, Kelab 1series dan Z4 membanjiri laluan di Lebuhraya Persekutuan sebagai meraikan permintaan Muhammad Rayyan.

Deretan sebahagian kereta jenis BMW pelbagai model diparkir di stesen Petronas di Padang Jawa di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang sebagai persiapan sebelum menjemput Muhammad Rayyan malam tadi. - Foto MYNEWSHUB>CC
Deretan sebahagian kereta jenis BMW pelbagai model diparkir di stesen Petronas di Padang Jawa di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang sebagai persiapan sebelum menjemput Muhammad Rayyan malam tadi. – Foto MYNEWSHUB.CC

17 November lepas, Mynewshub melaporkan ibu Rayyan, Hasni Hasan menulis di laman sosial Facebook tentang keinginan anaknya menaiki kereta BMW dengan harapan ada pemilik kereta jenis itu yang bermurah hati membawa anaknya bersiar-siar.

Hasilnya, Presiden Kelab MThusiast BMW Mohd Niezam Ismail terpanggil untuk memenuhi impian adik Rayyan dan menghantar wakil kelab untuk memaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak itu tentang hasrat mereka.

1030662OO 1800488_960137304001097_2754161654381305_n

Mohd Niezam berkata pada mulanya mereka menjangkakan sekitar 10 kereta jenis BMW akan hadir memberikan sokongan memandangkan program yang dirancang secara cepat itu diadakan pada hari bekerja.

“Jika lebih pun saya mensasarkan mungkin sekitar 75 hingga 80  kereta akan datang, bagaimanapun kami sebak dan terkejut kerana lebih 120 BMW hadir memberikan sokongan kepada program ini,” katanya kepada Mynewshub.


Sebanyak empat kereta pada mulanya menjemput Rayyan dan keluarganya di rumah mereka sebelum Rayyan dibawa menaiki BMW pilihannya untuk bersiar-siar sekitar Shah Alam, sebelum disambut di restoran KFC cawangan Extreme Park Shah Alam.

Ketika bersiar-siar, deretan baki lebih 120 kereta turut menyertai konvoi Rayyan yang dikawal oleh anggota trafik bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta menjamin keselamatan.

Di restoran KFC, Rayyan diberikan sambutan ulangtahun kelahirannya pada 23 November kelak lebih awal oleh para ahli kelab Mthusiast BMW Club serta diberikan hadiah berupa sebuah kereta BMW dengan alat kawalan jauh.

Pelawak kumpulan Virus, Tauke yang kini beraksi dalam Maharaja Lawak Mega 2014 turut hadir sebagai tanda sokongan, sementelah dia sendiri menggunakan kereta jenis BMW.

Tauke Raja Lawak yang kini anggota kumpulan Virus dalam Maharaja Lawak Mega 2014 di hadapan kereta BMW miliknya. Beliau turut bersama-sama anggota kelab Mthusiast BMW memberi sokongan kepada Muhammad Rayyan. - Foto MYNEWSHUB.CC
Tauke Raja Lawak yang kini anggota kumpulan Virus dalam Maharaja Lawak Mega 2014 di hadapan kereta BMW miliknya. Tauke turut bersama-sama anggota kelab Mthusiast BMW memberi sokongan kepada Muhammad Rayyan. – Foto MYNEWSHUB.CC

Menurut Hasni, Rayyan menghidap barah otot yang menyebabkan ototnya membesar hingga menghimpit pundi kencing sekaligus menyukarkan dia bergerak dan berjalan.

“Selepas menjalani dua kali rawatan kimoterapi, Alhamdulillah kini Rayyan boleh berjalan,” katanya.

Sementara itu, bapa Muhammad Rayyan, Azhar Ahmad berkata anaknya mula menggemari kereta model BMW sejak berusia dua tahun dan sentiasa menunjuk jari jika ternampak kereta model itu di jalan raya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K dan HAZIQ AHMAD

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori