Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hati Noh Salleh Tersentuh...

SESUNGGUHNYA zuriat ialah anugerah terindah daripada Tuhan. Siapa yang tak nak zuriat kan?...

Olimpik: Chong Wei Tak...

RIO DE JANEIRO - Datuk Lee Chong Wei, yang menjadi sandaran pingat emas...

Gara-Gara Aiman Tino, Herman...

POPULARITI Aiman Tino semakin memuncak sejak single pertamanya berjudul Ku Rela Dibenci mendapat...

2 Kanak-Kanak Dilarikan Dalam...

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak dilarikan ketika seorang lelaki menyamun kereta ibu mereka...

Agong Terima Watikah Lapan Bakal Ketua Perwakilan Asing

KUALA LUMPUR – Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berangkat ke istiadat persembahan watikah pelantikan lapan bakal ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara.

Majlis itu melibatkan Pesuruhjaya Tinggi Alaihuddin Mohd Taha dari Brunei Darussalam, Victoria Marguerite Treadell dari United Kingdom dan K V Vanu Gopala Menon dari Singapura.

Duta-duta besar asing yang mempersembah watikah pelantikan mereka ialah Pham Cao Phong dari Vietnam, Fatou Mas Jobe Njie (Gambia), Murad Askarov (Uzbekistan), Christophe Penot (Perancis) dan Basak Turkoglu (Turki).

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah kemudian menerima menghadap kelapan-lapan ketua perwakilan asing berkenaan.


Seri Paduka turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada enam bakal Duta Besar Malaysia ke luar negara.

Mereka ialah Datuk Zainuddin Yahya yang akan bertugas di China, Datuk Nafisah Mohamed (Belgium), Datuk Ahmad Izlan Idris (Jepun), Mustafa Mansor (Sudan), Khairi Omar (Cuba) dan Mohd Hanif Abdul Rahman (Myanmar).

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori