Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Liputan Luas Media Singapura...

SINGAPURA - Media Singapura memberi liputan meluas mengenai pembebasan lima tebusan rakyat Malaysia...

Sasar Penerbitan 31,700 Judul...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan penerbitan negara mencapai 31,700 judul setahun menjelang 2020...

Kerajaan Teliti Cadangan Hadkan...

KUALA LUMPUR - Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai...

MH370: Jangan Buat Spekulasi...

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman...

Ahmad Dhani Sokong Jokowi Naik Harga Minyak

JAKARTA – Meskipun berbeza parti politik daripada presiden baharu Indonesia, Joko Widodo, pemuzik terkenal negara itu, Ahmad Dhani nyata masih berjiwa patriotik apabila menyokong pemimpin No.1 republik itu termasuk keputusan menaikkan harga minyak.

Malah, beliau yang pernah mengetuai kumpulan penghibur paling berjaya di Indonesia semasa dekad 1990-an lalu, Dewa 19, mendesak presiden yang lebih mesra disebut Jokowi itu langsung memansuhkan subsidi bahan api tersebut kerana dianggap tidak praktikal.

“Saya dukung penghapusan subsidi BBM (bahan bakar minyak), kerana buat apa BBM disubsidi. Lebih baik dana itu disalurkan kepada hal lain lebih berguna demi rakyat” ujarnya kepada akhbar Tempo ketika ditemui di Discovery Hotel, Ancol di sini malam tadi.

Namun penyanyi rock berusia 42 tahun yang nama sebenarnya Ahmad Dhani Prasetyo berharap, pemerintah serius menambah baik sistem pengangkutan awam negara itu sebagai alternatif kepada rakyat segera beralih daripada guna kenderaan persendirian.


Jokowi mengumumkan secara mengejut pengurangan subsidi BBM lebih 30 peratus dengan harga petrol daripada 6,500 rupiah (RM1.80) seliter kepada 8,500 rupiah (RM2.35) dan diesel daripada 5,500 rupiah (RM1.52) kepada 7,500 rupiah (RM2.07) mulai Selasa lalu.

Sambil menyifatkan keputusan Jokowi pada 18 November lalu sebagai amat tepat, Ahmad Dhani yang merupakan penyokong Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) bagaimanapun tetap tidak menyukai parti presiden itu walaupun rakan-rakannya dilantik sebagai menteri.

Beliau yang pernah berkempen untuk calon PKB, Prabowo Subianto bagi merebut jawatan presiden Indonesia semasa pilihan raya umum awal tahun ini berkata, ramai sahabatnya dari parti tersebut menjadi menteri untuk membentuk Kabinet Jokowi bulan lalu. – Agensi

Ahmad Dhani menunjukkan isyarat satu jari sebagai simbolik rujukan kertas undi petak nombor 1 untuk menyokong calon Prabowo Subianto (kiri) semasa kempen pilihan raya umum presiden Indonesia awal tahun ini. – Gambar hiasan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori