Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Parlimen Bagan Datuk Lokasi...

BAGAN DATUK — Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JPB 2018), yang bertujuan meningkatkan tahap...

CAP Seru Orang Ramai...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menyeru orang ramai...

96.3 Peratus Keluar Mengundi...

TUMPAT (Kelantan) - Selepas pusat mengundi untuk pengundian awal ditutup pukul 3 petang...

Cadangan Waktu Pusat Hiburan...

SHAH ALAM - Cadangan untuk mewajibkan semua pusat hiburan di Wilayah Persekutuan ditutup...

Ahok Sah Gabenor Jakarta Bukan Islam Selepas 50 Tahun

Ahok diapit ibunya (kanan beliau), Buniarti Ningsih dan isterinya (kiri beliau) Veronica Tan selepas upacara angkat sumpah jawatan Gabenor DKI Jakarta ke-17 di hadapan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Negara hari ini.

JAKARTA – Di sebalik suasana tegang di luar Istana Negara menyaksikan ratusan aktivis membantah kenaikan harga minyak, Indonesia hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila jawatan Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta kini dipegang bukan Muslim.

Malah Basuki Tjahaja Purnama menjadi pemimpin wilayah pertama dilantik terus Presiden Indonesia, Joko Widodo di bawah Undang-undang No.32 Pindaan 2004 dan bukan secara pemilihan antara beberapa calon bertanding menerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah.

“Saya berjanji memenuhi kewajiban sebagai Gabenor DKI Jakarta sebaik-baiknya, seadil-adilnya dan memegang teguh Undang-undang Dasar 1945 dan menjalankan seluruh peraturan dengan selurus-lurusnya,” ikrar Basuki ketika membaca sumpah jawatan.

Kontroversi pelantikan beliau atau nama asal Cinanya, Zhōng Wànxué tetapi lebih mesra disebut sebagai Ahok timbul apabila beberapa badan bukan kerajaan mempertikaikan bekas timbalan gabenor Jakarta itu sebagai beragama Kristian dan bukan keturunan bumiputera.

Media di Indonesia bagaimanapun melaporkan, Ahok mencipta rekod bukan Islam pertama memegang jawatan itu dalam tempoh 50 tahun selepas kali terakhir Gabenor DKI Jakarta disandang penganut Katholik, Hendrik Hermanus Joel Ngantung pada 1964 lalu.


Namun organisasi Islam terbesar Indonesia, Muhammadiyah menerima pelantikan gabenor ke-17 itu malah Ahok ketika menghadiri Muktamar Tahunan Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka di Jakarta Timur pada Isnin lalu turut diberi sambutan amat meriah.

Ahok berusia 48 tahun pernah menjadi bupati atau pemimpin daerah Belitung Timur, sebuah pulau besar timur Sumatera dan juga tempat kelahirannya; selepas berhenti daripada kerjaya usahawan fabrik dengan menubuhkan beberapa kilang di wilayah itu.

Beliau berkahwin dengan Veronica Tan pada 1997 secara terburu-buru bagi memenuhi permintaan bapanya yang tenat untuk melihat cucu dan pasangan itu dikurniakan tiga anak: Nicholas (16 tahun), Nathania (13 tahun) dan Daud Albeenner (8 tahun). – Agensi

Gaya bersahaja Ahok ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin pesantren Islam terkemuka sekitar Jakarta baru-baru ini. – Gambar hiasan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori