Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Keputusan Ujian Poligraf Tidak...

KUALA LUMPUR - Hasil ujian poligraf dijalani bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther,...

Neelofa Nafi Bakal Berkahwin...

PENGACARA dan usahawan berjaya, Neelofa baharu-baharu ini didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang...

JPAM Perlu Tingkat Kemahiran...

PUTRAJAYA - Kemahiran menyelaras operasi ketika bencana merupakan elemen yang perlu ditingkatkan dalam...

Pancaran Hijau Di Perairan...

BANGKOK – Pancaran cahaya hijau yang kelihatan dari perairan Bangkok telah membingungkan seorang...

Ahok Guna Isteri Jika Susah Cakap Terus Dengan Jokowi

Ahok dan isterinya, Veronica bersama-sama dengan Jokowi dan Iriana pada majlis angkat sumpah jawatan Gabenor Jakarta semalam.

JAKARTA – Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang baharu dilantik semalam mendedahkan rahsia bagaimana dia masih mampu bercakap secara langsung dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi.

Ketika ditemui media tempatan selepas melapor diri di pejabat rasminya di Balaikota di sini, beliau lebih selesa dipanggil Ahok berkata, isterinya sendiri, Veronica Tan akan jadi penghubung jika semua saluran Jokowi tidak dapat dihubungi terutama waktu kecemasan.

“Presiden memang jarang pegang telefon bimbit sejak dulu lagi ketika jadi Gabenor Jakarta malah setelah dilantik menjadi presiden dan jika perlu menelefon, saya biasanya langsung menghubungi pegawai khas beliau sama ada Devid, Haris atau Pradista,” cerita Basuki.

Malangnya pernah beberapa kali kesemua tiga pegawai Jokowi gagal dihubungi dan Ahok perlu bercakap terus dengan presiden mengenai isu penting pada lewat malam hari cuti, beliau tiada pilihan lain kecuali meminta bantuan isterinya sendiri sebagai ikhtiar akhir.

Kata Ahok, Veronica akan segera menyampaikan pesanan menerusi aplikasi BlackBerry Messenger (BBM) kepada isteri Jokowi, Iriana Widodo dan kemudian wanita pertama Indonesia itu akan terus memaklumkan mesej Basuki itu kepada presiden.


“Pesanan BBM yang disampaikan melalui isteri jauh lebih cepat berbanding menerusi pegawai khas Jokowi sendiri, sekali gus menunjukkan betapa Ibu Iriana amat rapat sehingga Bapak langsung memberi respons pantas dengan mesej saya,” ujar Ahok ketawa.

Secara berseloroh, Veronica pernah memberitahu beliau agar tidak ‘bermain-main’ dengan kuasa isterinya itu sebab wanita tersebut boleh bercakap terus dengan Jokowi biar macam mana sibuk sekali pun presiden dengan pelbagai urusan rasmi negara. – Agensi

Hubungan rapat isteri Ahok, Veronica (kanan) dengan Iriana (kiri) sudah terjalin sejak Jokowi menjadi Gabenor Jakarta dan suaminya ialah timbalan pada masa itu. – Gambar hiasan

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori