Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Vaksinasi Kanak-Kanak Perlu Kajian...

KUALA LUMPUR : Rancangan untuk menjalankan proses vaksinasi terhadap kanak-kanak berusia 5 hingga...

KDN Dijangka Lawat Semua...

KOTA KINABALU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka melawat semua negeri bagi melihat...

Azmin Kritik JPP PKR

KUALA SELANGOR - Isu penambahan jumlah pengundi tidak berdaftar dalam pemilihan cabang Parti...

Hadi Sindir Pihak Gelar...

SEBELUM ini beberapa portal berita politik tempatan pernah menyiarkan komen panas oleh seorang...

AirAsia Berkerjasama Dengan Interpol Benteras Penipuan Pasport

Bagi mencegah penyalahgunaan pasport palsu daripada terus berulang dalam kalangan penumpang pesawat, AirAsia Berhad mengatur langkah mementerai perjanjian dengan mewujudkan ‘I-Checkit’.

Baru-baru ini,  kerjasama yang terjalin antara AirAsia Berhad dan Polis Antarabangsa (Interpol) telah  Berjaya memeterai satu perjanjian bagi melaksanakan sistem pemeriksaan polis antarabangsa, ‘I-Checkit’.

Sidang yang dimenterai di perhimpunan agung tahunan Interpol yang ke-83 ini diadakan di Monaco.

Memetik petikan Astro AWANI, perjanjian itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung Interpol Ronald K. Noble, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pengarah AirAsia Berhad, Datuk Aziz Bakar.

Menurut Datuk Aziz, kerjasama itu mampu meningkatkan keselamatan penumpang susulan semakan dokumen yang lebih lancar dan tepat.

Interpol


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah pun melancarkan ‘I-Checkit’ sebelum ini pada bulan Jun lalu dan telah membabitkan kesemua operasi AirAsia di seluruh dunia.
Sepanjang tempoh operasi dilancarkan ini, hampir 5 juta penumpang telah dipantau menerusi polisi ini manakala, 55 penumpang pula didapati mempunyai keraguan dokumen perjalanan mereka atau terdapat laporan polis mengenai kehilangan dokumen perjalanan.
AirAsia
 

Dalam masa yang sama, AirAsia turut menyokong kempen yang dijalankan Interpol iaitu kempen “Together, We Can Turn Back Crime”  dengan memberi kerjasama melalui salah sebuah pesawat Airbus A320nya dengan memaparkan slogan “We Can Turn Back Crime”  beserta logo Interpol.

Semoga kerjasama sebegini mampu membenteras masalah jenayah yang tidak diingini berkait dengan penumbang pesawat. – MYNEWHUB.CC

Oleh: FARAH

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori