Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Malaysia Rekod 521,923 Dos...

PUTRAJAYA - Kadar pemberian vaksin harian negara menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)...

Kereta Terbiar Dilupuskan Masa...

PUTRAJAYA - Mulai tahun depan, kenderaan yang dilaporkan terbiar di kawasan perumahan akan...

Tema Kahwin Yang Sedang...

MAJLIS perkahwinan adalah momen paling bermakna dalam hidup setiap orang dan setiap tahun...

Penduduk Pulau Pinang Tolak...

GEORGE TOWN - Penduduk Pulau Pinang tidak berminat dengan rancangan kerajaan negeri untuk...

AirAsia Bina Ibu Pejabat Baharu RM140 Juta Di Sepang

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan ibu pejabat baharu syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia di Sepang bernilai RM140 juta akan bermula pada bulan depan.

AirAsia dalam satu kenyataan memberitahu, majlis perasmian dan pecah tanah tapak projek tersebut diadakan hari ini.

Menurut kenyataan itu, bangunan korporat AirAsia seluas 613,383 kaki persegi dan setinggi enam tingkat itu dijangka siap dibina pada tahun 2016.

Bangunan korporat AirAsia itu mempunyai reka bentuk moden yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, bilik mesyuarat, kafe, kafeteria dan ruang istirahat untuk kakitangan.

Ibu pejabat yang dapat menampung kira-kira 2,000 kakitangan pada satu-satu masa itu turut dilengkapi gimnasium dan ruang bumbung yang berfungsi sebagai tempat untuk acara korporat.


“Ia akan menempatkan pejabat korporat dan bahagian operasi bagi AirAsia dan AirAsia X yang kini ditempatkan berasingan di Terminal LCC dan pejabat operasi sementara di Gateway@KLIA2 termasuk kakitangan yang menyelia operasi global AirAsia.

“Reka bentuk ibu pejabat baharu AirAsia dan AirAsia X itu mencerminkan kesungguhan syarikat penerbangan itu dalam menjadi syarikat penerbangan nombor satu di Malaysia dan seluruh rantau ini. Ia menggabungkan elemen profesionalisme namun pada masa yang sama mesra dan menyeronokkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes memaklumkan, bangunan ibu pejabat baharu itu diberi nama RedQ yang mencerminkan dinamisme dan semangat syarikat.

Menurut beliau, nama itu dipilih melalui satu kempen memilih nama bangunan yang disertai seramai 1,300 kakitangan AirAsia dan nama RedQ yang bermaksud RedQuarters dicadangkan oleh seorang pramugari syarikat penerbangan itu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori