Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Terima 6.48 Juta...

ALOR GAJAH - Malaysia menerima kedatangan 6.48 juta pelancong untuk suku pertama tahun...

Caj RM1 Di Klinik...

PORT DICKSON: Caj kesihatan sebanyak RM1 yang dikenakan klinik kerajaan antara perkara yang...

Mat Sabu Dakwa Campak...

KUALA LUMPUR - "Saya lontar mikrofon itu secara perlahan saja," dakwa Presiden Parti...

KPDNKK Diarah Periksa ‘Fidget...

KUALA LUMPUR - Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)...

AirAsia Lancar Perkhidmatan Wi-Fi Dalam Pesawat

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) melancarkan perkhidmatan Wi-Fi dalam pesawat dikenali sebagai `roKKi Chats’ bermula hari ini.

AirAsia dalam satu kenyataan media memberitahu, perkhidmatan baharu itu membolehkan penumpangnya menggunakan applikasi internet semasa penerbangan.

“Setiap token `roKKi Chats’ akan ditawarkan pada harga RM8 bagi penggunaan data sehingga 3MB bagi applikasi WeChat, WhatsApp dan LINE.

“AirAsia disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai syarikat penerbangan pertama menawarkan perkhidmatan Wi-Fi dalam pesawat di Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, penumpang AirAsia hari ini boleh menggunakan kemudahan Wi-Fi itu pada harga pengenalan RM5 setiap token berbanding harga asal RM8.


Kata kenyataan itu, sebanyak 90 token disediakan dalam setiap pesawat dan penumpang hanya perlu mengaktifkan WiFi dengan memasukkan token ID.

Jelas kenyataan itu, penumpang boleh mengenal pasti sama ada penerbangan mereka terdapat perkhidmatan Wi-Fi ini melalui penanda dalam pesawat.

Tambah kenyataan itu, token itu boleh diguna pakai oleh hampir kesemua jenis tablet dan telefon pintar. Setiap token hanya boleh digunakan bagi satu peranti sahaja. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori