KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) menawarkan sebanyak 3 juta tempat duduk percuma bagi penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa bermula 10 Jun 2015 hingga 17 Januari 2016.
Tawaran tempat duduk percuma yang dibuka untuk tempahan bermula esok hingga 16 November ini bagaimanapun tidak termasuk cukai, surcaj bahan api dan yuran lain untuk penerbangan AirAsia.
Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, antara destinasi terlibat adalah Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Yogyakarta, Krabi, Siem Reap, Kalibo, Da Nang, Surat Thani, Chengdu dan Perth.
“Ini adalah perluang terbaik bagi pelanggan kami merancang percutian mereka tahun hadapan dengan promosi tempat duduk percuma ini.
“Dengan penambahan dua syarikat penerbangan baharu iaitu Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X, pelanggan kami boleh pergi lebih jauh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Siegtraund berkata, promosi tempat duduk percuma itu boleh didapati menerusi laman www.airasia.com dan applikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan peranti Android serta laman mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com.
Beliau dalam pada itu memaklumkan, pengguna AirAsiaGo menawarkan penjimatan sehingga 60 peratus jika tawaran tempat duduk percuma itu ditempah bersama pakej hotel iaitu serendah RM149.