Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Geng Abon’ Aktif Pecah...

KOTA KINABALU - 'Geng Abon' yang aktif dalam kegiatan pecah kereta di sekitar...

Rombakan Kabinet Hanya Untuk...

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, ‘cakap-cakap’ berkaitan...

Dr Mohd Zainul Fithri...

KUALA LUMPUR - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jalur Tiga Malaysia (Jati) pada...

Coklat Daim Dan Toblerone...

PUTRAJAYA - Pengemar coklat tentunya bersedih apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan...

Akta Hasutan Bukan Alat Kekal Kuasa UMNO – Pak Lah

Melalui laman blog peribadinya, bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan para pemimpin UMNO agar tidak menyalahgunakan Akta Hasutan sebagai alat untuk mengekalkan UMNO dalam menerajui kerajaan persekutuan.

Tambah beliau lagi, survival politik parti tersebut sepenuhnya bergantung kepada sokongan rakyat Malaysia.

Untitled

Kekuasaan dan kekuatan UMNO datangnya dari sokongan rakyat. Ingatlah, jika rakyat sudah tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah ini yang akan menyelamatkan UMNO dari kehilangan kuasa.”

Namun demikian, beliau yang hadir pada ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersetuju dengan keputusan yang diambil untuk mengekalkan atau menggubal akta tersebut agar ianya mapan dalam menjaga kesejahteraan negara.

“Saya menyokong pengekalan atau pun penggubalan mana-mana rang undang-undang yang menjaga keharmonian negara kita, yang menegakkan perlembagaan kita, yang menentukan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai oleh bapa-bapa kita ditepati, dan yang menentukan Persekutuan Malaysia tidak dihancurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini semua saya sokong.”

NAJIB_UMNO_GENERAL_ASSEMBLY_271114_TMINAJJUA_05

Melalui ucapan yang dibuat semalam di Perhimpunan Agung UMNO 2014, Najib mengumumkan pengekalan akta tersebut yang kemudiannya mendapat reaksi positif seluruh dewan.


Ujar beliau, akta itu bakal diperkukuhkan dengan menambah peruntukkan khas dalam melindungi kesucian agama Islam serta agama-agama lain.

Bukan itu sahaja, individu yang cuba memisahkan Sarawak dan Sabah dari Malaysia juga bakal diambil tindakan di bawah akta tersebut.

Sebagai perdana menteri, saya memutuskan Akta Hasutan akan terus dikekalkan, malah akta ini akan dipertahan dan diperkukuhkan.

Akta ini akan dikuatkuasakan secara adil supaya kita benar-benar mewujudkan Malaysia yang lebih aman, stabil dan harmoni,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori