Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pekerja Kilang Cabul Ibu...

TAIPING - Seorang pekerja kilang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

56 Lelaki, 3 Wanita...

JOHOR BAHRU – Polis menahan 56 lelaki dan tiga wanita kerana didapati positif...

Anwar Bertemu Empat Mata...

PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan empat...

Petronas Kurangkan Minyak Mentah...

KUALA LUMPUR - Petronas akan mengurangkan sehingga 20,000 tong sehari (bpd) minyak mentah...

Aktiviti Pencegahan Denggi Terus Dipergiat

PUTRAJAYA – Meskipun berlaku penurunan kes demam denggi kebelakangan ini, namun aktiviti pencegahannya terus dipergiatkan untuk memastikan tidak berlaku peningkatan kes terutama selepas musim tengkujuh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata walaupun masih belum mencapai keadaan yang baik, namun kes denggi tidak menunjukkan tanda-tanda peningkatan mendadak pada musim tengkujuh ini.

“Kita menjangkakan kemungkinan berlaku peningkatan kes jangkitan sebaik musim tengkujuh berakhir nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Bagi tempoh 16 hingga 22 November lepas, statistik menunjukkan sejumlah 2,400 kes demam denggi dengan satu kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan.


Sementara itu, dalam ucapannya Dr Subramaniam berkata bagi memastikan kempen kesihatan yang dijalankan lebih berkesan, warga kementerian sendiri perlu menjadi contoh dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menjauhi rokok dan menjaga berat badan mereka.

“Jika warga kementerian sendiri merokok, obes dan suka mengambil makanan tidak sihat, maka orang ramai berasa kurang yakin dengan mesej yang disampaikan dalam kempen kesihatan kita,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori