Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Dapat Undian Selesa...

KUALA LUMPUR - Skuad negara mampu menarik nafas lega selepas mendapat undian selesa...

Derita Rozana Dipukul Bekas...

PETALING JAYA - Penderitaan yang ditanggung bekas isteri Datuk Awie iaitu Rozana Misbun...

Kerajaan Masih Perlu Tampung...

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih perlu menampung kekurangan keperluan dana berjumlah RM17 bilion bagi...

Skuad Tenpin Boling Mahu...

PETALING JAYA – Skuad tenpin boling negara sekali lagi mahu mengekalkan dan menjadi...

Apa Kes?? Inspektor Buat Laporan Pelacur Curi Duit Lepas Setubuh

Sejak akhir-akhir ini makin banyak pula gambar salinan repot polis melaporkan kejadian ‘pelik tapi benar’ dikongsikan di laman sosial.

Antara yang terbaharu adalah laporan polis yang diadukan oleh seorang anggota polis berpangkat inspektor kerana duit miliknya dikebas pelacur.

Tindakan ini memang mengejutkan sebab siapa sangka, ada lelaki apatah lagi bertugas dengan kerajaan begitu berani mengabaikan rasa aib dengan membuat laporan yang memerlukannya mengaku telah bersetubuh dengan seorang pelacur bagi membolehkan tindakan diambil.

Difahamkan, pelacur yang diadukan dalam laporan ini telah merembat duit inspektor tersebut selepas dia dilanggan di sebuah spa berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang, 20 November lalu.

12

Menurut inspektor ini, wangnya berjumlah RM1550 telah dicuri oleh pelacur yang dilanggan ketika dia membasuh kemaluannya di bilik air.


Alamak, kita yang membacanya pun rasa malu dan geli!

Ramai juga pengguna laman sosial, Facebook meluahkan rasa terperanjat membaca laporan polis ini kerana masing-masing tidak menyangka inspektor tersebut berani mengaku keaiban diri sendiri.

Lebih parah dan sedih, apabila mengetahui inspektor tersebut adalah orang Melayu yang biasanya dah tentulah beragama Islam kan.

Apa lagi, beribu-ribu kutukan pengguna sosial mempersoalkan ‘kebodohan’ lelaki tersebut. Tidak kurang juga yang marah apabila melihat  larangan agama Islam ini  seolah-olah diperkotak-katikkan.

Jika benar perkara ini berlaku, moga inspektor ini dapat segera bertaubat dan mengambil insiden ini sebagai pengajaran. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : KAKAK BUNGA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori