Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan Lelaki Bangladesh...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang lelaki warga...

Hebat.. Adik Balqis Menang...

Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini menyaksikan pelakon cilik Puteri Balqis Azizi, 7 tahun...

KeTTHA Teliti Cadangan Pindaan...

IPOH - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sedang meneliti cadangan pindaan...

India Pertimbang Beli Minyak...

NEW DELHI – India sedang mempertimbangkan untuk membeli bekalan minyak mentah dan beberapa...

AmBank Didakwa Promosi Agenda Gay, Lesbian & Transgender

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia, mendedahkan keterlibatan AmBank Malaysia Holdings Bhd (AMMB) dalam mempromosikan aktiviti kumpulan songsang gay, lesbian dan golongan transgender (LGBT) kepada pelanggan Islamnya.

Dakwaan tersebut dikemukakan Presiden JMM, Azwanddin Hamzah dalam satu sidang media.

Sokongan dilaporkan berlaku melalui dua anak syarikat AmBank iaitu AmLife dan AmFamily Takaful Berhad yang menjalinkan kerjasama dengan MetLife, syarikat insuran yang menaja agenda LGBT.

“Untuk pengetahuan, MetLife merupakan syarikat insurans yang terlibat dalam mempromosi dan menyokong budaya LGBT seperti yang tertera dalam buletin AmLife bulan Mei lalu.

“MetLife memeterai kerjasama melalui Takaful dan Insurans Hayat Moden, mereka ini secara terang-terangan mempromosi LGBT, secara tidak langsung memperdayakan umat Islam di negara ini secara halus,” dakwa Azwanddin.

JARINGAN_MELAYU_MALAYSIA_121114_TMINAZIRSUFARI_03

Pada sidang media tersebut juga, Azwanddin mengedarkan salinan buletin Berita AmLife yang terpampang sokongan terhadap golongan songsang melalui biografi syarikatnya, ‘Best Places To Work For LGBT 2013. Human Rights Campaign’.

Katanya, “Ini merupakan agenda terbesar berniat jahat mengaburi penglihatan khasnya perbankan Islam di negara ini.”


Lantas, JMM memohon supaya kerajaan, khususnya Bank Negara mempertimbangkan untuk menarik balik lesen berkaitan Perbankan Islam mahupun Lesen Insurans Takaful atau yang berkaitan Islam terhadap AmBank.

Dia juga memberi amaran untuk menjalankan kempen sejuta risalah bagi memboikot institusi berkenaan andai mereka gagal membuat penjelasan dalam kadar segera.

25I3823azmanhashimANZ0410

AMMB yang bernaung di bawah kumpulan AmBank Berhad membuat pengumuman memeterai perjanjian dengan MetLlife International Holdings Incorporate (MetLife) pada hujung tahun lalu.

Ia diumumkan oleh Pengerusinya yang juga salah seorang individu terkaya Malaysia, Tan Sri Azman Hashim. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori