Kota Paris sentiasa menjadi destinasi idaman. Tambahan pula, kota itu mengungguli carta sebagai kota paling romantis sekaligus menjadi destinasi pelancongan paling terkenal dunia.
Bila menyebut nama kota Paris, pastilah terbayang-bayang di mata Menara Eiffel yang cukup gah hingga diiktiraf salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.
Namun dalam popularnya kota yang cukup sinonim dengan Menara Eiffel ini, ada pula pihak-pihak yang meniru struktur mercu tanda kota tersebut.
Hah, mana lagi kalau bukan di negara China. Negara tersebut memang cukup terkenal dengan konsep barangan tiruannya. Pendek kata, semua barang hendak ditiru!
Mesti anda tidak percaya kan? Hah, tengoklah sendiri Menara Eiffel yangkonon-kononnya di Paris tapi sebenarnya di China ini…
Untuk makluman anda tempat ini sudah dibina sejak 2007 lagi dan syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan bandar ini ialah Zhejiang Guangsha Co. Ltd.
Memang menarik bukan?  Sebuah bandar replika berjaya terhasil daripada adaptasi bandar Paris dan Menara Eiffel yang terletak di Tianducheng, Wilayah Zhejiang.
Tapi sayangnya,  projek ini dikatakan tidak berjaya seperti diharapkan kerana kota replika ini kurang mendapat sambutan hinggakan ianya kelihatan sunyi.
Sekali imbas memang sebijik dengan kota Paris. Sampaikan semua dekorasi di Paris menjadi inspirasi untuk membina kawasan ini seperti reka bentuk kolamnya, taman-taman dan bangunan yang dibina.
Bezanya, Menara Eifel mempunyai saiz lebih besar iaitu tiga kali ganda daripada saiz ini. Manakala, replika Menara Eifel di China ini hanya berketinggian 108 meter (354 kaki).
Meskipun bandar ini sunyi dan kurang penghuni, tetapi ia sering jadi pilihan bakal pengantin untuk menjalani sesi fotografi.
Jadi bagi anda yang bakal menjejakkan kaki ke ke negara China, bolehlah singgah ke kota replika ala-ala Paris ini ye! – MYNEWSHUB.CC
Oleh : FARAH