Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Eksport Jejari Kentang Belgium...

KUALA LUMPUR - Eksport produk jejari kentang beku Belgium ke Malaysia dijangka meningkat...

Letupan Bom Cetus Panik...

DUA letupan berpunca daripada bom paip menggemparkan penggunjung di sebuah pusat beli belah...

Muhyiddin, Mukhriz Mungkin Sertai...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang...

Beruang Jadi ‘Tok Kadi’...

PERKAHWINAN satu pasangan dari Moscow, Rusia menarik perhatian ramai apabila menjemput seekor beruang...

AMK Bantah PTPTN Kurangkan Pembiayaan

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah rancangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahu memotong pembiayaan kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, pemotongan sebanyak lima peratus untuk pembiayaan pelajar IPTA dan 15 peratus IPTS itu tidak wajar dalam keadaan rakyat berhadapan tekanan kewangan. ]

“Ini membuktikan bahawa dasar pembiayaan pendidikan telah gagal. Pembaziran dan ketirisan melampau dibiarkan begitu sahaja sementara akses kepada pendidikan menjadi mangsa.

“Pendidikan tinggi bukan keistimewaan atau kemewahan. Pendidikan tinggi semakin hari menjadi kepentingan awam,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi berkata, rancangan itu akan memusnahkan impian golongan muda yang ingin melanjutkan pelajaran terutama golongan berpendapatan rendah.


Katanya, penstrukturan semula perlu dilakukan ke atas IPTS kerana banyak kolej-kolej tidal berkualiti hidup semata-semata atas pembiayaan PTPTN tetapi gagal memberikan pendidikan berkualiti dan membebankan generasi muda dengan hutang.

Media sebelum ini melaporkan jumlah pembiayaan baharu PTPTN untuk pelajar IPTA dan IPTS dikurangkan mulai 1 November lalu.

Penyelarasan itu dibuat berikutan kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November ini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori