KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya had umur pemegang jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) berorientasikan belia diturunkan daripada 40 kepada 30 tahun.
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, saranan itu sangat baik kerana golongan muda lebih mudah didekati jika dipimpin oleh golongan sebaya.
“AMK telah menurunkan had usia bagi pemegang jawatan dan anggota dalam sayap parti ini kepada 35 tahunberkuatkuasa bermula pemilihan parti pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Nik Nazmi meminta agar Khairy Jamaluddin turut mencadangkan supaya had usia belia itu turut diperkenalkan dalam bidang politik. – mynewshub.cc