PELAKON Nora Danish berkongsi cerita mengenai anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli yang menyatakan hasratnya mahukan adik selain meminta ibunya bertambah berat badan dan tidak perlu berdiet.
“Dia ada suruh saya melahirkan seorang bayi, katanya dia mahu adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,” kata Nora menceritakan mengenai gelagat anaknya yang kini sudah berusia lima tahun.
Nora turut mengatakan anaknya itu sudah pun dihantar belajar ke sebuah sekolah antarabangsa dan memasuki darjah satu walaupun Rayqal baharu sahaja berusia lima tahun.
“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja lima tahun.
“Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibu bapa memantau prestasi anak-anak setiap hari,” katanya memetik portal Rotikaya.
Dalam pada itu, rezeki pelakon berusia 32 ini juga semakin bertambah apabila dia baharu sahaja dilantik menjadi duta produk penjagaan wajah terkenal, Safi Rania Gold menggantikan Rozita Che Wan.
Nampaknya kalau dilihat daripada rezeki yang mencurah-curah, tak ada sebab untuk Nora menunda pernikahan bersama teman lelakinya, Nedim kan.
Lagi pun Rayqal dah minta adik tu.. nampaknya selagi mamanya tak kahwin terpaksalah dia menumpang kasih ‘adik baru’ Puteri Raysha Jemaima dulu.
BACA: Fasha Sandha Selamat Lahirkan Baby Girl – Putri Raysha Jemaima
– MYNEWSHUB.CC