Antara aplikasi yang ‘wajib ada’ pada telefon pintar anda tentu lah Instagram bukan?
Itu belum lagi pelbagai lagi aplikasi lain yang menjadikan gambar nampak lebih cantik dan menarik di alam maya.
Jika penggunaan Instagram dapat menonjolkan kualiti imej gambar anda, bagaimana pula dengan aplikasi yang memberikan imej anda tampak lebih tinggi dan langsing di dalam gambar?
Semua ini dapat dilakukan hanya dengan menggunakan sebuah applikasi yang dinamakan Spring.
Applikasi yang boleh dimuat turun secara percuma bagi peranti iOS dan juga Android.
Seperti namanya , ia bertindak seperti ‘spring’ yang meregangkan badan.
Anda hanya perlu memilih dua ke tiga titik badan yang ingin yang dipanjangkan misalnya bahu, pinggang, atau buku lali.
Hasilnya, kini tubuh anda bak supermodel terkenal.
Selamat mencuba.
Muat turun (Android): Spring
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC