Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Empat Stadium ‘Bersiap Sedia’...

PETALING JAYA: Empat stadium dikenal pasti boleh digunakan sebagai venue tuan rumah Harimau...

Lelaki Maut Ketika Panaskan...

OAKLAND – Seorang lelaki buta, James Shaffer, 68, meninggal dunia selepas bajunya terbakar secara...

Pekerjaan Gadis Berniqab Ini...

Menggunakan Facebook profile Saya Tyra, gadis ini wajar dijadikan contoh tauladan kita semua. ...

Cabaran Azmin Dalam PKR...

PKR kini dikuasai oleh dua pusat kuasa; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang...

Angkasawan Wanita Pertama Itali Berlepas Ke ISS

MOSCOW – Angkasawan pertama wanita dari Itali, Samantha Cristoforetti berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan kapal angkasa Russia, Soyuz, awal pagi tadi.

Agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos dalam kenyataannya berkata, Cristoforetti disertai angkasawan Russia, Anton Shkaplerov dan angkasawan Amerika Syarikat, Terry Virts.

Mereka berlepas dengan kapal angkasa, ‘Soyuz TMA-15M’ yang dilancarkan dari ‘Baikonur Cosmodrome’ di Kazakhstan pada jam 8.01 malam GMT (4.01 pagi waktu Malaysia).

“Soyuz kini berada dengan selamatnya di orbit, perhentian berikutnya adalah ISS,” kata NASA dalam tweet, sementara imej secara langsung mengenai pelancaran itu menunjukkan Virts tersenyum dan memberi isyarat bahawa segala-galanya berjalan lancar.


Ketiga-tiga mereka – Cristoforetti, Virts dan Shkaplerov akan tiba di ISS enam jam selepas dilancarkan di mana mereka akan berada sehingga Mei 2015.

Keseluruhannya 16 negara menjalankan tugasan tertentu di ISS, termasuk Russia dan Amerika Syarikat, yang membiayai sebahagian besar operasi berkenaan. – AFP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori