Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KKM Tukar Jadual Imunisasi...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menukar jadual imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan...

Najib Lawat Kawasan Gempa...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan...

Dewan Negara Tolak Mansuh...

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini menolak usul pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita...

Siti Nordiana Jadi Rebutan...

SEJAK comebacknya dua tahun lalu melalui pembabitannya dalam program realiti Gegar Vaganza 2...

Anuar Manan Ketuai TSG Ke Jelajah Sharjah UAE

KUALA TERENGGANU – Dua pelumba berpengalaman akan mengetuai Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) ke Jelajah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jelajah Malaysia sebelum menutup tirai kalendar 2014.

Pegawai Operasi TSG Nasirudin Wan Idrus berkata Anuar Manan akan mengetuai TSG ke Jelajah Sharjah manakala Mohd Harris Salleh mengetuai pasukan untuk Jelajah Malaysia.

“Jelajah Sharjah akan diadakan selama seminggu bermula 28 Nov manakala Jelajah Malaysia pada 13 hingga 17 Disember,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Nasiruddin, TSG menamakan lima pelumba untuk Jelajah Sharjah iaitu Mohd Harris Salleh, Adiq Hussaini Othman, Yusrizal Yusof, Shahrul Mat Amin dan Mohd Saiful Anuar Aziz selain Anuar.

Beliau berkata Jelajah Sharjah merupakan kejohanan bertaraf 2.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).


Nasirudin berkata senarai nama untuk Jelajah Malaysia masih belum dimuktamadkan.

Dalam pada itu, katanya TSG akan menghantar 10 pelumba untuk menyertai perlumbaan Lekas Highway Challenge 2014 di Kuala Lumpur selama sehari esok.

Menurutnya, ketika ini kedudukan semasa TSG berada di ranking ke-11 Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Asia UCI daripada 78 pasukan termasuk dari Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Afrika dan Asia.

Dalam Asia, TSG berada di ranking ke-4 daripada 38 pasukan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori