Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Izreen Azminda Dedah Rahsia...

Kalau perasan, sejak kebelakangan ini aktres jelita Rita Rudaini  dilihat sering memuat naik...

Sidang Khas Parlimen Dijangka...

JOHOR BAHRU - Sidang Khas Parlimen akan diadakan dalam masa terdekat dan dijangka...

Agong Perkenan Anugerah Pingat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Panglima Gagah...

Seorang Penunggang Maut, Seorang...

JOHOR BAHRU - Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah apabila...

Anwar Ibrahim TAK SETUJU Sisters In Islam Diharamkan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam dan mengatakan pihak berkuasa agama seharusnya membenarkan perbezaan pandangan.

Anwar berkata, walaupun Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhak untuk tidak bersetuju dengan SIS akan tetapi NGO itu tidak seharusnya diharamkan.

anwar-ibrahim

“Pendirian saya adalah seharusnya rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dan terus mengadakan perbincangan dan forum,” kata Anwar kepada pemberita selepas memberikan ucapan di majlis makan malam persidangan demokrat Islam (Muslim democrats’ conference) di Petaling Jaya, 2 November.

“Tentang fatwa, saya ada keraguan. Mereka boleh tidak bersetuju akan tetapi saya rasa mereka tidak seharusnya mengharamkan perbincangan.”

Anwar turut mempertahankan pendirian Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengenai fatwa tentang SIS dan berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu hanya mengatakan beliau menghormati fatwa tersebut.

Azmin memberitahu pemberita pada majlis sama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan bertemu dengan SIS berhubung fatwa mengharamkan NGO itu.

Azmin berkata, pertemuan tersebut membenarkan Mais mendengar penjelasan SIS mengenai organisasi mereka.

SIS minggu lalu memfailkan semakan kehakiman dan menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Negeri Selangor, Mais dan kerajaan Selangor kerana menuduh mereka mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme yang bercanggah dengan Islam.


Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan SIS dan mana-maana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Selain itu, mana-mana terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.

Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

Manakala individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam, menurut fatwa tersebut.

Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman berkata, pihaknya juga mahu mahkamah mengiktiraf NGO itu terjamin kedudukannya mengikut Perlembagaan.

“SIS mahu jaminan supaya hak kami perlu ‎dihormati mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Fatwa itu digazetkan mengikut Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. – THE MALAYSIAN INSIDER

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori