Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Karim Ibrahim Presiden Baharu...

KUALA LUMPUR - Bekas timbalan presiden Datuk Karim Ibrahim dipilih sebagai presiden Kesatuan...

Cuepacs Minta Kerajaan Lihat...

SEMPORNA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan...

Banjir: KKM Mohon Orang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini meminta orang ramai menderma...

Wan Azizah Enggan Komen...

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

APMM Labuan Perhebat Operasi Pengangkutan Laut

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan sedang meningkatkan operasi mencegah penyeludupan terhadap pengangkutan di laut.

Operasi akan memberi tumpuan terhadap pematuhan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 oleh pengusaha feri, kapal dan bot selain membendung aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi dan bunga api.

Pegawai Operasi Maritim Labuan Lt Nik Izwan Farid Md berkata operasi rutin akan dipergiat dan dilakukan setiap hari lebih-lebih lagi ketika musim cuti hujung tahun.

“Labuan mempunyai pantai yang panjang merangkumi 57.6 kilometer dan kita seharusnya mampu mengawal bagi memastikan perairan di sini terpelihara dan terkawal daripada sebarang elemen dan aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau berkata ‘Ops Pluto Timur’ dijalankan bertujuan mencegah pencerobohan pengganas Sulu ke perairan Malaysia yang juga merupakan sebahagian daripada tugas berat APMM Labuan.

“Keyakinan yang diberikan kepada kami merupakan motivasi untuk kami melakukan sehingga berjaya,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori