Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mansuh Akta Antiberita Palsu:...

TUN Dr. Mahathir Mohamad sewaktu berceramah di Pasir Gudang, Johor malam tadi menyebut...

Sempat Tengok Nikah Anak...

AJAL maut di tangan tuhan. Tapi siapa sangka ayahnya pergi menghadap Ilahi usai...

Rafizi Ramli Kini Pengerusi...

INILAH ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi...

5 Bekas Pelajar, 4...

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan memerintahkan lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA)...

APMM Labuan Selamatkan Tiga Nelayan Hanyut

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menyelamatkan tiga nelayan tempatan ketika bot mereka hanyut di perairan Tanjung Kubong, Labuan.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata bot nelayan itu mengalami kerosakan enjin pada 7 malam, Selasa lepas.

Beliau berkata pemilik bot LNF 691 itu, Amrin Aminullah, 30; bersama dua rakannya Marran Zahibo, 23; dan Albin Kahal, 25; keluar memancing sebelum bot tersebut hanyut kira-kira tiga batu dari lokasi asal.

“APMM menerima panggilan 4 pagi semalam dan menggerakkan bot untuk mencari ketiga-tiga nelayan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Che Adnan berkata operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 9.55 pagi apabila tiga nelayan itu dijumpai dalam keadaan selamat.

Beliau turut menasihatkan para nelayan supaya memastikan dan membuat persiapan serta menyelenggara bot sebelum ke laut bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori