Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Tiada Parti Menang Pilihan...

KUALA LUMPUR - Tiada parti boleh menang pilihan raya tanpa kekuatan jentera di...

Jangkitan Baru Covid-19 Lebihi...

Kes harian Covid-19 di negara ini kembali melepasi angka 2,000 iaitu sebanyak 2,153...

Pasukan Boling Wanita, Green...

KUALA LUMPUR – Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) bakal menampilkan kelainan pada Majlis...

“Kami Bangun Lambat Sebab...

SUSULAN luahan rasa Chef Wan menerusi laman Instagramnya yang mengutuk saudaranya yang pemalas,...

APMM Musnah Rokok Bernilai Suku Juta Ringgit

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan hari ini memusnahkan rokok seludup pelbagai jenama dengan duti tidak berbayar berjumlah RM287,484.48.

Rokok itu dirampas dalam dua operasi pada Disember tahun lepas dan Mei tahun ini di perairan Lawas, Sarawak.

Pegawai operasi APMM Labuan, Lt Maritim Nik Mohd Izwan Farid Md Daud, berkata barangan yang dimusnahkan itu terdiri daripada rokok putih berjenama Absolute Mentol, Astro, Extreme 16S, Apache dan John, yang diseludup dari negara jiran.

Semuanya dirampas mengikut Akta Kastam 1967 dan kesnya telah dibuat keputusan oleh mahkamah.

“Kami ada dua kes lagi yang sedang menunggu penghakiman, melibatkan minuman alkohol serta rokok bernilai lebih RM1.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, oleh kerana kegiatan penyeludupan masih berleluasa, pihaknya akan menggiatkan operasi bagi membendungnya.


Katanya, untuk tahun ini, 46 tangkapan dibuat hingga kini, 63 peratus daripadanya melibatkan kesalahan mengikut Ordinan Kapal Saudagar, Akta Perikanan (26 peratus), Akta Kastam (6.5 peratus) dan 2.2 peratus Akta Imigresen dan APMM.

Nik Azwan berkata, tangkapan itu dibuat hasil daripada 1,905 pemeriksaan yang dilakukan tahun ini.

Katanya, 55 tangkapan dibuat hasil daripada 1,537 pemeriksaan yang dilakukan tahun lepas.

“Jumlah kes penyeludupan menurun berbanding tempoh yang sama tahun lepas, hasil operasi dan pengesanan yang dipergiat terhadap modus operandi penyeludup,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori