Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perkasa Saran Helen Ting...

KUALA LUMPUR – Felo utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan...

PAS Yang Sebenarnya Tunduk...

KUALA LUMPUR - PAS yang sebenarnya tunduk kepada DAP kerana mengemukakan calon yang...

Reman Suspek Utama Langgar...

SEPANG - Tempoh reman suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang...

Penyamun Berparang Samun 8...

KUALA LANGAT - Lapan ahli keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki...

Awal Sah Pengacara Mentor, Tutup Desas-Desus Merajuk Dengan AF

SELAIN bertanggungjawab menghoskan program Melodi pada setiap tengahari Ahad, Awal Ashaari kini menggalas tugas sama selaku pengacara rancangan realiti nyanyian Mentor, menggantikan Ally Iskandar.

Awal memberitahu ia sekaligus melenyapkan khabar angin yang timbul sebelum ini kononnya dia merajuk dengan produksi penerbitan Akademi Fantasia 2014 yang tidak memilihnya sebagai pengacara program popular itu.

“Saya lega apabila diumum sebagai pengacara Mentor Legend yang mana sekali gus ia menamatkan desas-desus bahawa saya masih merajuk dengan rancangan realiti AF 2014.

“Pihak TV3 tawarkan program ini sebelum anak saya lahir lagi, kira-kira Julai lalu. Ketika kontroversi mengatakan saya merajuk itu pun sebenarnya saya dah terima tawaran ini.

“Tetapi saya tidak boleh beritahu kepada media tentang itu. Jadi sekarang saya lega bila semuanya sudah terjawab bila saya diumum akan mengendalikan Mentor Legend,” katanya kepada mStar Online.


Dari segi lain, mungkin ini merupakan rezeki anak sulung Awal, Lara Alana yang kini sudah mencecah usia empat bulan.

Buat makluman anda, Mentor Legend akan memulakan siarannya pada 30 November ini, jam 9 malam.

Barisan Mentor Legend yang terlibat untuk mendidik protege bagi edisi kali ini adalah Dayang Nurfaizah, Ajai, Mas Idayu, Zainal Abidin, Ella dan Amy Search. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori