Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tunku Temenggong Kedah Bantu...

YAN - Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul...

Jerebu: Malaysia Hantar Surat...

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah melaksanakan tindakan susulan dengan Indonesia berhubung masalah jerebu rentas...

UTC Melaka Jadi Pemangkin...

MELAKA - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka menjadi pemangkin penting dalam usaha kerajaan...

Rakyat China Buat Kecoh,...

China - Memalukan.. nampaknya rakyat China bukan sahaja dikritik di luar negara akibat...

Bakal Haji Diminta Kemas Kini Akaun Di Tabung Haji

SEPANG – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan semua pendepositnya yang berhasrat menunaikan haji tahun depan supaya segera mengemaskinikan maklumat akaun mereka bagi memudahkan urusan penghantaran surat tawaran.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata TH akan mula mengedarkan surat tawaran mengerjakan bagi musim tahun depan secara berperingkat bermula bulan depan kepada mereka yang terpilih.

“Kita tidak mahu berulang lagi kes surat tawaran dihantar ke alamat yang tidak dikemaskini dan mereka yang terpilih tidak tahu mengenai tawaran itu. Itu adalah satu kerugian buat mereka.

“Sehubungan itu, pendeposit yang berhasrat untuk menunaikan haji tahun depan, mereka dinasihatkan segera mengemaskini segala maklumat dan dokumen berkaitan termasuk buku akaun, alamat dan nombor telefon di mana-mana cawangan TH seluruh negara.


“Jika boleh, kita tidak mahu ada yang terlepas peluang kerana maklumat akaun yang tidak dikemaskini.

“Biasanya, tiga minggu sebelum tarikh mengerjakan haji ramai yang berpusu-pusu ke pejabat cawangan untuk mengemaskini maklumat, kalau boleh kita tidak mahu ia berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menyambut ketibaan penerbangan terakhir (KT 64) terdiri daripada 279 jemaah haji Malaysia di sini, hari ini. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori