Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat 4 Kes...

KUALA TERENGGANU - Polis akan menjalankan siasatan berhubung empat kes penyalahgunaan kad pengenalan...

Kevin Morais: Polis Yakin...

KUALA LUMPUR - Polis yakin kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan...

Suami ‘Terbakar’ Isteri Ketika...

VIENNA - Seorang lelaki Austria mungkin berjaya menepati bidalan lama terkenal masyarakat Melayu...

25 Pelajar SMA Maahad...

TANAH MERAH - Seramai 25 pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Ahmadi,...

Bangunkan Tanah Rizab Melayu, Bina Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR – Bagi mengatasi masalah perumahan di kalangan rakyat, kerajaan-kerajaan negeri disaran membangunkan tanah rizab Melayu bagi membina lebih banyak rumah mampu milik, khusus untuk kaum Melayu dan bumiputera.

Ketua Pemuda Umno Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata langkah ini perlu bagi menangani kesukaran rakyat memiliki rumah sendiri dan situasi semasa menunjukkan anak-anak muda Melayu hanya mampu menyewa daripada membeli rumah.

“Ramai generasi muda kita tidak berkemampuan membeli dan mendapatkan pembiayaan pembelian rumah.

“Semua ini gara-gara aktiviti spekulasi dan keghairahan para pemaju yang tamak meletakkan harga rumah yang tinggi dan tidak munasabah,” katanya ketika membahaskan usul ekonomi mewakili pergerakan Pemuda pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata kerajaan negeri juga perlu mempercepatkan proses pertukaran status tanah dan geran, di samping mengurangkan kadar premium tukaran tanah untuk menarik minat para pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori