Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bunga Rafflesia Tuan Mudae...

LUNDU - Orang ramai kini boleh berkunjung ke Taman Negara Gunung Gading bagi...

Dah Putus Tunang, Elfira...

HAMPIR sebulan putus tunang, tetapi isu kemelut antara keluarga Elfira Loy dan Sufian...

Jemaah Malaysia Terkandas Di...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 800 jemaah dari Malaysia terkandas di Jeddah dan Madinah,...

Makhluk Asing Menonton Manusia...

SABAN tahun ramai yang bertanya adakah wujud kehidupan lain di alam semesta ini...

Banjir Kilat Rabu Lalu Adalah Yang Terburuk Di Ringlet

CAMERON HIGHLANDS – Penduduk di sekitar Pekan Ringlet  menyifatkan banjir kilat tahun ini merupakan yang terburuk pernah berlaku berbanding bencana masa lepas termasuk tahun lalu akibat pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam.

Seorang pemandu kelindan lori sayur-sayuran, K.Kumaresan, 40, yang sudah 26 tahun menetap di Ringlet menyifatkan banjir kali ini amat teruk kerana air naik sehingga mencecah paras pinggang.

“Sebelum ini pun ada banjir juga tetapi tidak teruk seperti apa yang berlaku di sini sekarang,” katanya ketika ditemui Bernama di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet, hari ini.

Menceritakan detik cemas ketika kejadian, Kumaresan berkata air sungai masuk ke dalam rumahnya sekelip mata, namun yang terlintas di dalam fikirannya ketika itu adalah untuk menyelamatkan empat ahli keluarga yang lain.

“Saya bawa mereka (keluarga) ke tempat tinggi manakala dokumen penting tidak dapat diselamatkan kerana dibawa arus deras,” katanya.

Bagi mengelak bencana daripada berulang, Kumaresan berharap pihak berkuasa dapat membesarkan aliran Sungai Ringlet secepat mungkin.

Harapan sama turut disuarakan seorang suri rumah, Kalsom Abdul Rashid, 57, yang berkata paras air Sungai Ringlet naik adalah disebabkan aliran yang kecil selain tidak dapat menampung limpahan dari air Sungai Bertam terutama ketika hujan.


Ketika kejadian, beliau sedang menggosok baju dan tidak sedar air sungai telah masuk ke bahagian dapur dan ruang tamu, katanya.

“Saya bergegas memanggil anak dan suami saya supaya menyelamatkan barang peribadi sebelum hanyut,” kata Kalsom yang hampir pitam apabila melihat keadaan rumahnya ditenggelami air.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Dalam kejadian itu, lima orang terkorban manakala lima lagi cedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori