Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

5 Berita Pelik Dan...

SEJURUS selepas berakhir Pilihan raya Umum ke-14, suasana kelam-kabut sekejap dan kemudian kembali...

Harimau Selatan Mengamuk Baham...

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi amaran kepada pencabar Kumpulan I,...

Guna Kekerasan Jenayah, Penghantar...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar barang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari...

Bersatu Dan Tolak Fahaman...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi gesaannya kepada rakyat Malaysia...

Banjir Lumpur: Polis Sahkan Cuma 3 Maut, Setakat Jam 11 Pagi Ini

**Maklumat terkini ialah polis sahkan hanya tiga orang terkorban dalam banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands setakat 11 pagi.

Di bawah adalah berita semalam;

KUANTAN – Polis Pahang pada Khamis mengesahkan seorang lagi maut dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands, menjadikan angka korban dua orang.

Terdahulu, seorang pekerja kebun sayur meninggal dunia akibat tertimbus dalam kejadian yang berlaku pada Rabu malam.

Dua pasukan digerakkan pagi Khamis bagi mencari mangsa tertimbus di Lembah Bertam dan remaja yang dikhuatiri lemas di Sungai Telum.

Usaha juga sedang dijalankan bagi mencari kanak-kanak lelaki yang berasal dari Kampung Kuala Kelah yang dipercayai lemas dalam kejadian hujan lebat dan tanah runtuh itu.

Kira-kira 150 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Ringlet yang terdiri 37 keluarga dikawasan itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.

“Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Ringlet itu, seorang lagi lelaki warganegara Indonesia turut cedera,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.


Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit sedang giat dijalankan.

Morni berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 10 malam berkenaan dua kawasan di Cameron Highlands mengalami banjir dan tanah runtuh iaitu di Kampung Bertam dan Kampung Baru Ringlet.

“Kita juga menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet. Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan, dua lagi terperangkap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.

Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Cameron Highlands berkata, hujan lebat sejak lewat petang tadi menyebabkan air mula naik di sungai sekitar Pekan Baru Ringlet dan berlakunya banjir kilat kira-kira pukul 7 malam Rabu.

“Bagaimanapun kawasan di Lembah Bertam yang pernah berlaku banjir besar tahun lalu masih tidak terjejas setakat malam ini,” katanya.

Pada Oktober tahun lepas, air dari Tasik Ringlet di Lembah Bertam melimpah menyebabkan banjir lumpur dan mengakibatkan lebih 100 buah rumah rosak dan tiga maut. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori