Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isteri Mimpi Suami ‘Minta...

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan...

Bilangan Pesakit Di Kemudahan...

KUALA LUMPUR - Bilangan pesakit mendapatkan perkhidmatan di kemudahan kesihatan awam mencatatkan peningkatan...

Sultan Selangor Perkenan Azmin...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk melantik...

Lembaga Getah Jelas Kekeliruan...

SUSULAN timbul kekeliruan berhubung skim Insentif Pengeluaran Getah (IPG), pihak Lembaga Getah Malaysia...

Banjir: Waspada Penyakit Bawaan Air

KUALA TERENGGANU – Bencana banjir yang berlaku di beberapa tempat ketika ini bukan sahaja membahayakan keselamatan diri atau harta benda, malah ancaman kesihatan andai langkah pencegahan tidak diberi perhatian serius.

Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Hafizan Juahir mahu orang ramai meningkatkan tahap kesedaran mereka dalam menghadapi risiko-risiko akibat banjir ini.

Beliau berkata, lazimnya masyarakat sering gusar dengan keselamatan mereka, terutama kanak-kanak yang sering dikaitkan dengan lemas akibat bermain air banjir, namun tidak ramai menyedari ada ancaman lain yang berisiko iaitu akibat penyakit bawaan air seperti cirit-birit dan taun.

“Air banjir adalah air tercemar yang datang daripada pelbagai sumber dan paling kita khuatiri ialah penyakit cirit birit akibat bakteria seperti e coli dan coliform.

“Bakteria ini datang daripada najis dan sisa pepejal yang mereput di mana ia adalah zat makanan dan medium untuk pembiakannya. Ia bukan sahaja boleh memasuki badan manusia melalui mulut, malah boleh masuk melalui rongga yang ada,” katanya kepada Bernama hari ini.


Dr Hafizan berkata walaupun masyarakat Pantai Timur sudah sinonim dengan musim tengkujuh dan banjir, namun perubahan iklim dan punca banjir yang berlaku ketika ini bukan disebabkan faktor alam semula jadi sahaja, sebaliknya kerakusan manusia dalam mengejar pembangunan juga.

“Jadi pencemaran inilah yang menyebabkan air banjir tidak selamat kerana mengandungi banyak bahan tercemar dan saya sangat berharap agar ibu bapa memantau anak mereka supaya tidak bermain air banjir walaupun di sekitar rumah sahaja.

“Selain itu, binatang berbisa seperti ular dan lipan juga akan mencari habitat yang baharu setelah habitat asal mereka terganggu akibat ditenggelami air,” katanya.

Hujan lebat dan sederhana yang berterusan sejak Khamis lalu menyebabkan beberapa kawasan rendah di Terengganu dinaiki air dan setakat ini, dua pusat pemindahan sudah dibuka untuk 47 mangsa banjir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori