CHILPANCINGO (Mexico) – Rakyat Mexico yang marah dengan pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar, semalam membakar ibu pejabat negeri parti Guerrero yang memerintah dan menahan seketika seorang komander polis.
Polis antirusuhan bertempur dengan penunjuk perasaan dan kepulan asap putih kelihatan keluar dari bangunan Parti Revolusioner Institusional (PRI) di ibu negeri selatan, Chilpancingo.
Bantahan meletus di Mexico sejak pihak berkuasa berkata kumpulan bersenjata mengakui membunuh pelajar dan membakar mayat mereka selepas pihak polis yang mengambil rasuah menyerahkan 43 mangsa terbabit kepada mereka September lalu.
Kira-kira 1,000 orang, termasuk pelajar dan ahli kesatuan perguruan berarak di Chilpancingo sebelum bertempur dengan polis.
Kejadian itu menggoyangkan kerajaan di bawah kepemimpinan Presiden Enrique Pena Nieto. – AFP