Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tak Wajib Pakai Pelitup...

PETALING JAYA : Pemakaian pelitup muka dalam masjid dan surau seluruh wilayah-wilayah persekutuan...

11,457 Pencarum Perkeso Kembali...

MELAKA - Sebanyak 11,457 individu yang terbabit dalam kemalangan dan hilang upaya kekal...

Harga Runcit RON95, RON97...

KUALA LUMPUR -- Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada...

Warga Emas 80 Tahun...

RAMAI yang berpendapat anjing adalah teman terbaik manusia. Namun bagi seorang warga emas...

Beetle Usang Presiden Uruguay Ditawar RM 3 Juta

Siapa sangka, individu yang menjadi nadi penggerak negara sanggup hidup susah. Walaupun memiliki pangkat sebagai Presiden Uruguay, namun Jose Mujica hidup dalam suasana serba sederhana.

Diangkat menjadi presiden pada 1 Mac 2010, Mujica hanya mengisytiharkan Volkwagen Bettle keluaran 1987 yang bernilai USD 1,800 (RM 5,400) sebagai harta yang dimilikinya manakala sebuah ladang yang menjadi kediamannya merupakan miliki isterinya.

Bercakap kepada majalah Busqueda, pernah suatu ketika, seorang hartawan Arab menawarkan USD 1 Juta untuk memiliki kereta usangnya itu.

Jose Mujica

“Tawaran bernilai tersebut dibuat seorang Syeikh Arab. namun pada mulanya saya tidak mengendahkannya. Tapi apabila tawaran seterusnya dibuat, saya mula mengambil serius,” kata beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pepe.


Ujarnya lagi, jika dia bersetuju menjual keretanya pada harga tinggi, wang tersebut akan disalurkan beliau bagi program untuk masyarakat gelandangan.

Pernah digelar sebagai presiden termiskin di dunia, Mujica yang berpendapatan sekitar RM 37,000 sebulan berkata, 20 peratus dari gaji miliknya disumbangkan kepada gerakan politiknya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori