Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nenek Makan Pasir 2kg...

SEORANG warga emas berusia 78 tahun dari India mendedahkan tips atau petua kekal...

Pembangkang Malaysia Kategori Dayus

Kekecohan berhubung penolakan usul tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah di Parlimen...

Mahkamah Syariah Wajar Dihormati...

KOTA BHARU - Tindakan hukuman sebat yang dikenakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu ke...

Kena Sekolah Walau Udara...

PASIR GUDANG - Sesi persekolahan pagi ini di sekitar Pasir Gudang berjalan lancar...

Beg Beroda Bakal Diharamkan Di Venice Kerana Bunyi Bising!!

VENICE – Sejak bertahun-tahun, Venice terpaksa bergelut dengan peningkatan paras air yang boleh mengancam keindahan seni bina bangunannya, namun kini ia berdepan satu lagi ancaman baru iaitu beg bagasi beroda.

Disebabkan bunyi beg berkenaan ketika ia ditarik, maka pihak berkuasa bandar telah membuat peraturan baru iaitu sesiapa yang ditangkap menggunakan beg beroda akan didenda hingga 500 euro.

Ini kerana bunyi bising dari roda beg tersebut dikatakan menyebabkan ketidakselesaan yang serius.

Pada masa sama, pihak berkuasa juga bimbang dengan lantai marmar dan baru bersejarah sepanjang jalan berkenaan.


Peraturan itu adalah idea Pesuruhjaya Bandar , Victor Zapparlorto, demikian menurut akhbar Il Messaggero.

Langkah berkenaan dijangka berkuatkuasa pada bulan Mei 2015. Ia bakal menyebabkan 22 juta pengunjung ke bandar berkenaan setiap tahun `pening kepala’ memikirkan cara membawa barang selepas tarikh berkenaan.

Sementara bagi penduduk tempatan pula, ia merupakan satu kelegaan kerana mereka terpaksa menahan bunyi bising ketika beg beroda itu diseret melepasi tingkap rumah mereka.

  • Lagi berita berkaitan:
  • haram

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori