Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Disiasat Mengikut Akta Hasutan,...

Sebanyak hampir 100 laporan polis telah dibuat ke atas Profesor Undang-Undang dan Pakar...

“Abang Nak Pinjam Umi...

BESUT - "Umi, abang long nak pinjam RM20. Nak baiki lampu motosikal ni....

JPJ Perlis Saman 10,341...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menyaman 10,341 pemandu kerana melakukan pelbagai...

Bayaran Haji Naik Antara...

KUALA LUMPUR: Bayaran haji dikenakan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada bakal jemaah tahun...

Beijing Haramkan Bakar Barang Mayat

Pemandangan di Dataran Tiananmen, Beijing yang berjerebu teruk dijangka kembali pulih menjelang sidang kemuncak APEC tidak lama lagi.

BEIJING – Pihak berkuasa China mula mengharamkan segala jenis pembakaran terbuka termasuk ritual tradisi pembakaran barangan mayat menjelang persidangan kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing pada 10 dan 11 November ini.

Tindakan bermula 1 November sehingga 15 November depan sebagai langkah drastik ekoran kadar pencemaran udara yang amat serius di ibu negara China itu malah mencecah 16 kali ganda lebih tinggi daripada had ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pemerintah turut mengehadkan jumlah kemasukan kereta ke bandar, menutup operasi kilang dan memberi cuti enam hari kepada kakitangan awam manakala wilayah berjiran Hebei juga mengarahkan penggantungan sementara lebih 2,000 kilang dan 2,500 tapak pembinaan.

Ini kali kedua China berbuat demikian selepas melakukan perkara sama ketika Sukan Olimpik 2008 dan ia juga susulan aduan ramai pelari acara tahunan Marathon Antarabangsa Beijing pada 19 Oktober lalu terpaksa berlari memakai topeng dalam suasana jerebu teruk.


Akhbar harian milik pemerintah, China Daily melaporkan pada 4 November, tindakan tersebut mula berjaya membersihkan suasana langit di Beijing yang kembali cerah berlatar belakang awan biru berbanding sebelum itu gelap mendung berasap. – Agensi

– AMREE AHMAD

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori