Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lebih 42,000 Hektar Hutan...

JAKARTA - Lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan terbakar sejak Januari...

Dutch Lady Henti Pengeluaran...

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi...

34 Pati Warga Asing...

ALOR SETAR - Sebanyak 34 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga...

Rahsia Tarik Pelanggan, Restoran...

RESTORAN yang menghidangkan makanan sedap dan mempunyai pelanggan setia yang ramai biasanya menawarkan hidangan dengan resipi rahsia...

Mesej Mohon Maaf Bekas KPN Sebelum Meninggal Dunia

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut Kanser Negara, pagi ini.

Dikenali sebagai seorang yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin, Tan Sri Mohd Bakri menjawat jawatan KPN menggantikan Tan Sri Norian Mai pada 5 November 2003 hingga bersara pada 2006.

Semasa hayatnya allahyarham pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Mersing, Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Timbalan Komandan Maktab Pegawai Kanan Polis, Kuala Kubu Bahru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Polis Sabah, Ketua Polis Kedah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan, Pengarah Pengurusan dan Timbalan Ketua Polis Negara.

Allahyarham dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak.

Dalam pada itu ketika terlantar sakit, allahyarham dikatakan sempat mengirim mesej memohon maaf daripada semua orang.

Mesej di bawah ini kami ambil dari laman Facebook Pertubuhan Anak Polis Malaysia – PAPM:

Fullscreen capture 11102014 105022 AM (1)

Mesej dari Tan Sri Mohd Bakri Omar, mantan Ketua Polis Negara. Diterima dari En. M. Zainan dan diedar untuk pengetahuan.

Saudara/Saudari yg dirahmati Allah,

MOHON KEMAAFAN


Assalamulaikum. Saya, Mohd Bakri Bin Hj Omar, dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan ingin memohon ampun dan maaf daripada saudara dan saudari semua di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah saya lakukan di sepanjang perkhidmatan saya dalam PDRM, lebih-lebih lagi semasa menerajui pasukan dari 5 Nov 2003 hingga 11 Sep 2006. Sebagai makhluk Allah yang kerdil, yang serba lemah dan yang serba kurang, saya mengakui saya tdk pernah sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, samada secara sengaja atau tdk sengaja, samada melalui perbuatan maupun tutur kata. Harap saudara/ saudari semua sudi memaafkan saya dan semoga Allah jua yang dapat mengampunkan saya.

Dalam keadaan terlantar sakit sekarang dan berdepan dengan ujian Allah sebegini, selain daripada reda, sabar dan tawakkal, tdk ada lain yang lebih mengembirakan saya selain dari pemberian maaf dan doa dari saudara dan saudari semua. Bagi mereka yang pernah berbuat salah terhadap saya pula, saya dengan penuh ikhlas ingin memberitahu bahawa dengan nama Allah saya sudahpun memaafkan mereka sejak dulu lagi iaitu pada hari terakhir saya dalam pasukan. Semoga Allah Taala mengampunkan mereka.

Sekian, semoga kita semua diredai Allah. Salam sejahtera. Wassallam.

Yang Ikhlas,

Tan Sri Mohd Bakri Hj Omar
‪#‎NZ‬

Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang mukmin di sisi Allah SWT.

Al-fatihah. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori