Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jonathan Laidlaw Fail Rayuan...

KUALA LUMPUR – Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom (UK) Jonathan James Laidlaw...

143 PATI Indonesia Di...

TAWAU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau hari ini menghantar pulang 143 pendatang...

Lelaki Maut Terperangkap Dalam...

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah banglo dua...

Syed Hamid Albar Mengenang...

KUALA LUMPUR – “Ramai yang fikir saya patut terus berada dalam barisan kabinet....

Bekas Pengarah Didakwa Terima Rasuah RM170,000

SHAH ALAM – Seorang bekas pengarah sumber manusia sebuah syarikat swasta dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM170,000 bagi mengekalkan kontrak pekerja asing untuk syarikat lain bulan lepas.

Khrishan Kumar A/L Chint Ram, 53, bekas pengarah sumber manusia syarikat Teleflex Medical Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Berdasarkan pertuduhan, Khrishan Kumar didakwa menerima suapan wang tunai sebanyak RM170,000 daripada Pengarah Nada Persada Sdn Bhd, Ng Lay Leng sebagai dorongan untuk mengekalkan kontrak Nada Persada bagi pembekalan pekerja asing kepada syarikat Teleflex.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Caffe Cino, Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor pada 8 malam, 21 Okt lepas.


Khrishan Kumar, yang diwakili peguam Muhammad Adhwa’ Azfar Muhammad Tajuddin, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.

Hakim kemudian menetapkan RM30,000 sebagai jaminan dan 17 Dis depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori