Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Nelayan Terjatuh Laut, Ditemui...

JOHOR BAHARU - Seorang nelayan yang hilang selepas terjatuh ke dalam laut di...

PKPD: Kawat Berduri Mudahkan...

IPOH - Pagar kawat berduri yang dipasang di kawasan operasi Perintah Kawalan Pergerakan...

Mohon Bina Pusat Jagaan...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan untuk membina satu Pusat Jagaan...

Video: Lelaki Berbaju Kuning...

GARA-GARA tidak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan sendiri, seorang lelaki berbaju kuning berang dan...

Bekas Pengurus Pemasaran Hadapi 10 Tuduhan Buat Tuntutan Palsu

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus pemasaran dan saluran SME Telekom Malaysia (TM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu lebih RM822,390.

Noorazlina Shamsuddin, 41, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad.

Wanita itu didakwa membuat tuntutan palsu melalui pesanan penghantaran dan invois milik dua syarikat kontraktor iaitu Core Entity Sdn Bhd dan Excellent Spring Sdn Bhd bagi kerja pemasangan kabel UniFi di beberapa lokasi yang belum dilaksanakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan di Pejabat TM MSC, TM Cyberjaya Complex, Cyberjaya dekat sini, antara 17 April 2012 hingga 2 Jan 2013.

Noorazlina didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Mohammad Heikal Ismail  mencadangkan  tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 bagi kesemua kesalahan selain pasportnya diserah kepada mahkamah.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan dia tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak bekerja.

Wanita itu juga berkata dia hanya membawa RM5,000 yang dipinjam daripada orang lain dan memberi jaminan tidak akan melarikan diri.

Hakim Noradidah menetapkan jaminan RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan semula kes, selain memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori