Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Indeks Pelopor Ekonomi Susut...

KUALA LUMPUR - Perubahan bulanan Indeks Pelopor (IP) merosot 1.4% kepada 117.3 mata...

Anggota Parlimen Jelebu Dan...

SEREMBAN - Dua anggota Parlimen dari Negeri Sembilan menafikan akan meninggalkan UMNO dalam...

Lepas Pecah Tembikai Raja...

LELAKI yang menggelar dirinya Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin nampaknya...

DBKL Siasat Medan Selera...

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera...

Bekas PM Kazakhstan Dituduh Rasuah

ASTANA – Bekas Perdana Menteri Kazakhstan, Serik Akhmetov didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan diperintah menjalani tahanan di rumah, kata Agensi Hal Ehwal Pentadbiran dan Anti Rasuah negara itu.

“Mahkamah daerah di bandar Karaganda mengesahkan sekatan pra perbicaraan terhadap Akhmetov yang bermakna penahanan di rumah,” kata agensi berita Xinhua memetik pegawai agensi berkenaan.

Tiada maklumat lanjut diberikan berkaitan alasan perundangan. Akhmetov adalah gabenor wilayah Karaganda dari 2009 hingga 2012.

Agensi berkenaan melakukan penyiasatan ke atas beberapa kes rasuah membabitkan bekas pegawai tertinggi wilayah Karaganda dan bandar raya Karaganda termasuk bekas gabenor wilayah Karaganda, Baurzhan Abdishev dan bekas datuk bandar, Meiram Smagulov.


Akhmetov dilantik sebagai Perdana Menteri Kazakhstan pada 2012. Beliau meletak jawatan awal tahun ini dan dilantik sebagai menteri pertahanan.

Beliau kemudiannya meletak jawatan pada Oktober lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori