Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penunggang Maut Dilanggar Pemandu...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta...

Marquez Raih Gelaran GP...

SEPANG - Juara Dunia MotoGP 2018, Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda Team...

Raja Salman Ke Indonesia...

SEPANG - Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud berlepas hari...

Kecoh Isu Bayaran Amelina...

Nampaknya rata-rata peminat hiburan tanah air tidak sabar menanti kemunculan ratu dangdut Malaysia,...

Belajar Guna Buku Elektronik Buat Pelajar Jadi Bengap?

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah rancangan Kementerian Pendidikan mahu melaksanakan kaedah pembelajaran menggunakan buku elektronik sepenuhnya bagi menggantikan kaedah pembelajaran menggunakan buku bercetak.

Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Abas Awang mendakwa, penggunaan buku elektronik akan membunuh kreativiti pelajar semasa proses pembelajaran dan menghalang keupayaan mereka untuk berfikir.

“Hal ini berlaku kerana proses pembelajaran menggunakan buku elektronik akan mengakibatkan hubungan antara guru dan pelajar menjadi renggang. Kurang hubungan langsung antara pelajar dan guru rasa hormat pelajar terhadap guru juga akan semakin berkurangan.

“Konsep mendidik pelajar oleh guru akan menjadi semakin longgar, perhubungan mereka menjadi tidak mesra. Guru-guru akan gagal membentuk peribadi pelajar, bukan sahaja untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin tetapi juga pelajar akan gagal untuk dibentuk menjadi manusia yang beradab dan berakhlak,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abas mendakwa, Biro Pendidikan menjangkakan rancangan baharu itu mengalami kegagalan seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menelan perbelanjaan hampir RM 10 bilion.


Beliau mendakwa, walaupun dunia buku elektronik berkembang pesat tetapi dunia penerbitan buku bercetak masih terus diterima sebagai kaedah penyampaian ilmu yang sangat berkesan di dunia ini.

“Hal ini kerana psikologi pembaca atau pelajar masih percaya bahawa penerbitan buku bercetak masih menjadi kaedah penyampaian ilmu yang terbaik.

“Dengan halangan psikologi tersebut kaedah pembelajaran melalui buku elektronik akan menjadi tidak berkesan dan akan mengakibatkan pembaziran sumber kewangan apabila peralatan yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya,” dakwa beliau. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori