Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hayat Ibu Berakhir Selepas...

HAYAT seorang ibu berakhir dalam keadaan menyayat hati selepas ditikam anak kandungnya di...

Universiti Perlu Seiring Revolusi...

ARAU - Universiti perlu berubah supaya seiring dengan revolusi perindustrian 4.0 melibatkan teknologi...

Ahmad Bashah Sudah Semakin...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semakin...

Pes Masakan Cina Sasar...

KOTA BHARU - Penggemar masakan Cina terutama di negeri-negeri di pantai timur bakal...

Belia Tidak Harus Dipinggirkan Daripada Program BAKTI

PUTRAJAYA – Golongan belia atau Generasi Y tidak seharusnya dipinggirkan daripada aktiviti atau program yang dirancang oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI).

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua BAKTI berkata langkah melibatkan Generasi Y dalam aktiviti badan itu membolehkan badan amal berkenaan berkongsi pengalaman serta menanamkan semangat prihatin dalam kalangan belia.

“Atas kesedaran itulah BAKTI menganjurkan Forum Genexter untuk mendengar aspirasi serta apa yang ada dalam fikiran anak muda sekarang,”katanya berucap pada Majlis Perasmian Forum Genexter 2014 di sini hari ini.

Rosmah berkata forum itu juga akan menjadi platform interaksi secara bersemuka bagi mendengar pandangan dan persoalan daripada Generasi Y.

Forum Genexter diadakan bersempena dengan Karnival Genexter 2014 dengan tema ‘Memperkasa Generasi Pewaris’, anjuran BAKTI bermula hari ini hingga esok di Dataran Putrajaya, di sini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bertindak menjadi moderator forum berkenaan.


Rosmah berkata sebagai generasi pewaris, anak-anak muda atau Generasi Y akan memastikan kelangsungan segala cita-cita, aspirasi serta pencapaian negara.

Beliau berkata dengan jumlah belia negara di bawah umur 30-an telah mencapai sembilan juta, tiada siapa pun yang boleh menafikan betapa pentingnya bagi kepimpinan negara mengambil serius akan segala idea dan permasalahan generasi itu.

Menurutnya BAKTI juga mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi wajah dan cerminan kepada masyarakat melalui kerja-kerja amal dan kebajikan merentasi kaum, agama dan budaya.

“BAKTI juga sentiasa menitikberatkan setiap golongan masyarakat yang memerlukan bantuan serta sokongan tidak kiralah warga emas, ibu tunggal, kanak-kanak mahupun Generasi Y,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori