Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ingin Payudara Palsu? Lelaki...

UMUM mengetahui bahawa payudara adalah antara bahagian tubuh terindah yang di miliki wanita...

Lapan Unit Rumah Transit...

GEORGETOWN - Lapan unit rumah transit sementara terbakar di Gat Lebuh Nordin 2,...

Bakal Pengantin Didakwa Samun...

KUALA LUMPUR - Seorang bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan Khamis ini, mengaku...

Hutang Langsung Kerajaan Bertambah

PUTRAJAYA - Meskipun jumlah hutang dan liabiliti kerajaan dikurangkan daripada 79.3 peratus berbanding...

Bencana Mencabar Keupayaan Pasukan Penyelamat

SANTUBONG – Kejadian dan bencana yang berlaku termasuk kehilangan misteri pesawat MH370 dan penembakan jatuh pesawat MH17 mencabar keupayaan dan kompetensi pasukan penyelamat.

Presiden Persatuan Trauma dan Kecemasan Perubatan Malaysia (MASTEM), Profesor Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata kebanyakan pegawai tidak pernah terlibat dalam situasi itu sebelum ini dan hanya terlibat dalam urusan menjaga mereka yang cedera atau meninggal.

Oleh itu beliau berkata persidangan berkaitan kejadian dan bencana berprofil tinggi seperti tragedi pesawat Malaysia Airlines, kemalangan bas di Genting Highlands, feri karam, pencerobohan di Lahad Datu, yang berfokuskan aspek psikologi diadakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai pengurusan insiden dan bencana besar anjuran MASTEM di sini.


Dr Abu Hassan Asaari berkata perubatan kecemasan tidak akan lengkap tanpa pengendalian berkemahiran dalam pengurusan insiden dan bencana.

Lebih 500 peserta menghadiri persidangan dua hari itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori