Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bayi Perempuan Ditinggal Telanjang...

Nilai - Seorang bayi perempuan ditemui dibuang berhampiran sebuah longkang berdekatan sebuah bukit...

Pengarah, Anak Lelaki Direman...

JOHOR BAHRU - Seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan dan anak lelakinya ditahan reman...

Adik Kelar Leher Kakak...

KEJAM…seorang wanita telah bertindak kejam dengan membunuh kakak kandungnya sendiri dan turut memotong...

Lizard Squad Dakwa FB...

Kumpulan penggodam yang mengodam laman web syarikat Malaysia Airlines (MAS), The Lizard Squad...

Beri Kuasa Kepada Peguam Negara Pertahan Tanah Rizab Melayu

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wanita Umno memohon kerajaan memberi kuasa kepada Peguam Negara sebagai ‘penjaga kepentingan awam’ bagi mempertahankan Tanah Rizab Melayu di seluruh negara.

Ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ia bertujuan membolehkan tanah rizab Melayu yang dibatal oleh pihak berkuasa negeri untuk tujuan pembangunan wajib diganti oleh kerajaan negeri berkenaan.

“Daripada rekod (tanah rizab Melayu) semakin hari semakin terhakis. Ada negeri bukan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), apa akan jadi pada tanah rizab ini?

“Wanita Umno meminta Perdana Menteri untuk menguruskan pindaan perlembangaan supaya memberi kuasa kepada Peguam Negara sebagai ‘custodian of the public interest’ untuk berkuasa membuat petisyen kepada mana-mana negeri di mana tidak ada ganti wajib atau ganti semula tanah rizab Melayu,” katanya ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya khuatir kegagalan mempertahankan tanah rizab Melayu bakal memberi kesan besar kepada anak cucu orang Melayu.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata pergerakan itu juga meminta Kementerian Pendidikan supaya mempertimbangkan pembelajaran bahasa ketiga seperti Arab, Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran elektif di sekolah menengah bertujuan mengikat perpaduan.

Katanya tanpa mengabaikan martabat bahasa Melayu, pembelajaran bahasa berkenaan boleh menjadi alat komunikasi yang penting dalam aspek perpaduan.


Sementara itu, Puteri Umno mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan potongan gaji 10 peratus ke atas semua pekerja lelaki di sektor awam dan swasta yang sudah berkahwin untuk dikreditkan terus ke dalam akaun isteri mereka.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata langkah itu bertujuan menjamin golongan wanita yang berkahwin mendapat nafkah dan menguruskan rumah tangga dengan lebih baik.

“Ramai juga wanita di luar sana nasib tidak terbela kerana tidak mendapat nafkah sewajarnya daripada suami mereka. Oleh yang demikian saya berpendapat mungkin Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kewangan dapat berbincang mengenai cadangan ini,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada PAU.

Beliau berkata langkah tersebut penting dalam membela nasib wanita yang menurutnya telah memberi majoriti undi bagi memungkinkan kemenangan BN pada pilihan raya umum lepas.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan memperkenalkan langkah tersebut untuk pegawai ATM berpangkat Leftenan Muda dan ke atas yang dikenakan potongan menerusi Peruntukan Paksa ATM dan dikreditkan ke dalam akaun isteri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori