Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Cara ALLAH Tunjukkan Kebesaran...

SERIAN - Pengalaman sebanyak tiga kali menyaksikan fenomena gerhana matahari dengan matanya sendiri...

Armada Desak Pendaftaran PPBM...

BENTONG - Pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu...

Lebih Sejuta Peniaga Terima...

PUTRAJAYA - Lebih sejuta perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) akan menerima Geran...

Kadar Pengangguran Belia Terus...

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun...

Tiada Anehnya.. Langit Haramain Gelap Tiap Kali Musim Bertukar?

Sehari dua ini, cerita langit di tanah haram, Mekah menjadi buat mulut dan viral dalam kalangan umat Islam.

Melalui foto dan rakaman klip video yang tersebar, masyarakat berkongsi bermacam-macam andaian tentang fenomena aneh dan luar biasa itu.

10393553_763469353707000_4918706527719452049_n

10374517_600756836716889_2091392902530027680_n

1669648_763469287040340_4345076207501233920_o

Ramai jadi panik bila foto dan rakaman menunjukkan senario langit diselubungi gelap dan kabur tanpa cahaya matahari disertakan kisah kiamat dan pintu taubat yang tertutup, selain tanda-tanda akhir zaman di mana bumi Mekah dan Madinah dijanjikan bakal bergelap.

Wallahualam..

Bagaimanapun, sebilangan individu tak mahu melatah lantas bertindak mendapatkan penjelasan lanjut dengan bertanya kepada pihak lebih berpengalaman.

Menggunakan saluran Facebook, soalan diajukan kepada pengendali akaun Facebook ‘Cerita Kami Di Bumi Haramain’ yang dipercayai seorang rakyat Malaysia yang sudah lama menetap di bumi Mekah.

Pengendali akaun tersebut menjawab, tindakan mengajukan persoalan kepadanya merupakan langkah bijak kerana memang terdapat penjelasan berkaitan fenomena yang melanda Mekah ketika ini.

cerita di bumi haramain

Ujarnya kejadian langit gelap, berwarna merah serta turun hujan lebat adalah fenomena normal dan bukanlah luar biasa. Katanya, ia biasa berlaku setiap kali bertukar musim di sana.


Beliau turut menegur sikap kebanyakan pihak kerana mensensasikan isu ini tanpa soal selidik.

Tambahnya, sebelum ini terdapat beberapa isu lain seperti dakwaan Imam Masjidil Haram, Syeikh Abdurrahman sudah meninggal dunia tersebar di laman sosial, walhal beliau masih hidup dan baru sahaja mengimamkan solat.

Dalam pada itu seorang pemilik akaun Facebook yang kini berada di Mekah, Abd Wahab Abdullah memuat naik beberapa imej banjir kilat yang melanda akibat hujan lebat.

10676176_10152910829672125_4977276225947840696_n 10610606_10152910829737125_1507548598455438488_n

Bukan menidakkan kesahihan foto, jauh sekali menafikan kepercayaan Islam tentang tanda-tanda kiamat mahupun bukti kekuasaan Allah SWT, namun masyarakat sepatutnya bertanggungjawab terhadap fakta yang dikongsi di Internet.

Sama ada sedar atau tidak, perlakuan menyebarkan sesuatu informasi tanpa asas boleh dianggap fitnah. Malah, lagi teruk, ia boleh menimbulkan salah faham yang akhirnya membawa kesan lebih buruk.

Begitu pun tak dapat dinafikan, setiap kejadian di muka bumi Allah ini adalah peringatan bagi hambaNya yang mahu berfikir.. – MYNEWSHUB.CC

Baca :

Mata Budak Terkena Kail Pancing Terpaksa Dibedah

 

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori