Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

AADK Saran Ambil Bekas...

KUALA LUMPUR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyarankan agar badan bukan kerajaan (NGO)...

Pengendali Kren Tidak Kompeten...

KUALA LUMPUR - Pengendali kren tidak kompeten antara faktor yang dilihat menyumbang kepada...

Selangor Rekod Kes Bankrap...

KUALA LUMPUR - Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah...

Jannah Dibenarkan Meneruskan Persekolahan

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) tiada halangan membenarkan Nurul Jannah...

Black Maria Imigresen Bawa Pati Terbalik

REMBAU – Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bakal diusir keluar dari negara ini terbabit dalam kemalangan apabila kenderaan jenis black maria Jabatan Imigresen kemalangan di kilometer 232.9 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan jabatan berkenaan dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan jenis honda yang tiba-tiba hilang kawalan merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan sebelum berpusing ke sebelah kiri jalan.

Difahamkan kenderaan jabatan berkenaan dalam perjalanan dari Depoh Tahanan Machap Umboo ke Depoh Tahanan KLIA.

Keseluruhan, Jabatan Imigresen membawa 35 pati di mana 10 pati perempuan menaiki van jabatan.


Lima pati yang menaiki black maria jabatan mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes masih lagi dalam siasatan polis. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori