Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peminjam PTPTN Boleh Rujuk...

KUALA LUMPUR - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai masalah...

Kad Debit Maybank Tak...

Kad debit Maybank tidak dapat digunakan buat sementara waktu.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramPerbankan melalui laman web...

QSR Brands Sasar Lebih...

KLUANG - QSR Brands (M) Holdings Bhd. (QSR Brands), pengendali rantaian restoran makanan...

Pengantin Lelaki Ditahan Menipu...

MACAM ni pun ada. Seorang pengantin perempuan telah menghubungi polis supaya menangkap suaminya...

BN Selangor Sokong Pengekalan Akta Hasutan

SHAH ALAM – Dua belas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.

ADUN BN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang mewakili 12 ADUN berkenaan, berkata tindakan itu demi menjamin keharmonian masyarakat secara keseluruhan.

Mohd Shamsuddin yang juga Ketua Pembangkang DUN Selangor, berkata keputusan itu paling tepat memandangkan keadaan semasa negara yang sering diganggu segelintir pihak berkepentingan untuk menimbulkan suasana tegang.

“Akta berkenaan masih relevan dan diperlukan bagi mengekang tindakan sesetengah pihak yang dilihat sengaja mahu menimbulkan huru hara dalam kalangan masyarakat.

“Saya tidak lihat pengekalan akta berkenaan diputuskan untuk menjaga kepentingan pihak tertentu termasuk BN tetapi ia mampu menghalang segelintir pihak memainkan isu agama, perkauman dan institusi Raja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi DUN Selangor, di sini hari ini.


Sehubungan itu, Mohd Shamsuddin berkata akta berkenaan juga perlu ditambah baik serta diperkemas bagi memastikan ia terus relevan dengan situasi semasa sebagai usaha mengekalkan keamanan negara seterusnya mengekang sebarang anasir untuk menggugat keharmonian rakyat.

Pesuruhjaya Selangor Iskandar Abdul Samad yang juga ADUN Cempaka, berkata kerajaan sepatutnya menggunakan juga beberapa akta lain yang boleh diguna pakai dalam menjaga keharmonian negara.

Najib semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di sini semalam mengumumkan akan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan cadangan memasukkan dua peruntukan khas bertujuan melindungi kesucian agama dan mendakwa mereka yang menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori