Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sekatan Saudi Ke Atas...

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan Arab Saudi menyekat perjalanan rakyat Palestin yang menggunakan...

Warga Singapura Maut Di...

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Singapura, maut dalam kemalangan di...

Dakwaan UM Curi Kajian...

Kes tuduhan yang tular di media sosial oleh seorang calon ijazah doktor falsafah...

Eksekutif Bank Sindiket African...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai eksekutif wanita di sebuah bank di sini ditahan...

BNM Kaji Ekonomi Dunia Sebelum Selaras Dasar Monetari

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengkaji prospek masa depan ekonomi dunia, selain kemelesetan semasa di Jepun, sebelum menyelaraskan dasar monetari bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Dasar monetari adalah dasar yang melihat ke hadapan. Oleh itu kita tidak sahaja melihat keadaan semasa yang sangat penting, bahkan turut melihat masa hadapan,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Perangkaan Serantau ISI di sini hari ini.

Beliau berkata faktor lain yang turut diambil kira ialah fleksibiliti dasar, dan sama ada ekonomi utama mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan langkah dalam menampung penurunan dalam ekonomi.

“Sebagai contoh, jika anda melihat China, negara itu mempunyai lebihan fiskal. Oleh itu negara berkenaan berada pada kedudukan untuk memberi sokongan jika ekonomi merosot lebih daripada yang kita jangkakan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori