Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAS Selangor Mahu Kembali...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengaku beliau menyokong...

Iran Tahan Individu Rakam...

TEHRAN - Iran telah menahan seorang individu yang didakwa membuat rakaman yang menunjukkan...

Kekal Semangat Juang Hadapi...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat terus cekal dan kekal...

Nak Tegur Boleh, Tapi...

MUNGKIN disebabkan usianya yang masih mentah membuatkan penyanyi Ara Johari seperti tidak dapat...

Boeing Serah Pesawat Rondaan Maritim Keenam Kepada India

NEW DELHI – Boeing berjaya menyerahkan pesawat rondaan maritim P-8I keenam kepada India, menepati jadual pada 24 November, dan tiba untuk menyertai lima unit yang sama di Stesen Udara Tentera Laut Rajali.

Pesawat ini merupakan sebahagian daripada lapan yang dipersetujui dalam satu kontrak pada 2009, dua lagi yang terakhir akan tiba pada 2015.

“Kedatangan P-8I ke India merupakan satu pencapaian utama bagi program tersebut dan menandakan penghantaran terakhir kami untuk tahun ini,” kata Naib Presiden Boeing untuk Pertahanan, Angkasa dan Keselamatan di India, Dennis Swanson dalam satu kenyataan dari Seattle hari ini.

Lima pesawat awal yang diterima itu sedang terlibat dengan rondaan Tentera Laut India dan P-8I yang terbaru ini akan menjalani penerbangan ujian dalam bulan akan datang.


P-8I yang direka didasarkan kepada pesawat komersial 737 generasi akan

datang, merupakan variasi Tentera Laut India, Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan pesawat yang sama tetapi dikenali sebagai P-8A Poseidon.

“P-8I India ini mempunyai ciri-ciri yang unik yang terdiri daripada sub-sistem buatan India yang dibina bagi memenuhi keperluan rondaan maritimnya,” kata Boeing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori