Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Pulau Pinang Keluarkan...

Georgetown : Polis Pulau Pinang mengeluarkan hampir 10,000 saman kepada pemandu atas pelbagai...

Isteri Curang Sudah Kembali...

SUSULAN tular berita seorang wanita yang menduakan suaminya kerana curang bersama pengasas produk,...

PAS Dikritik Kerana Perlekeh...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa PAS sebuah parti yang tidak...

Seorang Maut, Tiang Lampu...

SEORANG pekerja yang sedang menyelenggarakan pentas untuk konsert bintang popular Taiwan, Jolin Tsai,...

Bomba Terengganu Sedia Hadapi Banjir

KUALA TERENGGANU – Tujuh ratus pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat negeri Terengganu kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi gelombang banjir kedua yang berkemungkinan berlaku pada awal hingga pertengahan Disember.

Pengarahnya Md Salleh Sarbini berkata kesemua anggota itu ditempatkan di 335 lokasi di seluruh negeri sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam musim tengkujuh.

“Kita menjangkakan awal Disember ini akan berlaku hujan lebat dan disertai air pasang besar yang boleh mengakibatkan banjir.

“Bencana banjir pada pertengahan November ini memberi kita pengajaran agar kita melakukan persediaan rapi menghadapinya buat kali kedua dan seterusnya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau, selain memperkemaskan kekuatan tenaga, pihaknya turut memberi penekanan dalam aspek memastikan peralatan serta kelengkapan menyelamat sentiasa berfungsi dalam menghadapi fenomena monsun timur laut yang melanda persisiran Pantai Timur.


“Malah persediaan ini bukan sahaja untuk bencana banjir, malahan meliputi kejadian tanah runtuh, ombak besar, kemalangan di laut dan darat,” katanya.

Md Salleh berkata sekiranya kekuatan anggotanya tidak mencukupi bagi menghadapi bencana ini, pihaknya akan meminta bantuan dari negeri jiran terdekat.

“Seperti banjir yang berlaku 17 Nov lalu, kita turut mendapat bantuan peralatan bot dan pacuan empat roda dari negeri jiran yang tidak dilanda bencana itu bagi melancarkan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dan mengikuti segala arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa sekiranya berlaku banjir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori