Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1.74 Juta Daftar Imunisasi...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,741,364 individu sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Isu QZ8501: Ucapan Takziah...

Misi pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang memasuki hari ketiga ini akhirnya terjawab apabila...

Cemas Selepas Kematian 60...

NEW DELHI - Suasana cemas menyelubungi India selepas berlaku lebih 60 kematian kanak-kanak...

Ramai Ambil Mudah Membuat...

ALOR SETAR - Sikap tunggu dan lihat serta tidak faham kepentingan penamaan waris...

Guna CCTV Intai Pemain Besbol Di Hotel

SEOUL – Suruhanjaya hak asasi manusia Korea Selatan hari ini akan melancarkan siasatan berhubung tindakan pihak pengurusan sebuah pasukan bola lisut terkenal, The Lotte Giants yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengintai pemain mereka sendiri.

Jurucakap badan hak asasi kebangsaan itu berkata, pihaknya memutuskan siasatan perlu dilakukan bagi mengetahui sama ada tindakan skodeng tersebut melanggar hak peribadi walaupun presiden pasukan itu, Choi Ha-jin dan dua pegawai atasannya meletak jawatan.

“Kes ini amat serius dan ia mungkin mencabuli hak privasi seseorang,” kata pegawai suruhanjaya itu selepas media Korea Selatan mendedahkan rakaman CCTV tersebut yang dirakamkan antara April sehingga Jun lalu bagi mengintip kelakuan setiap pemain.

Ha-jin dalam reaksiknya mengakui telah mengarahkan pemasangan kamera rahsia itu di bilik hotel pemain menginap apabila beraksi di tempat pasukan lawan untuk memastikan mereka tidak membocorkan rahsia strategi kelab profesional yang berpusat di bandar Busan itu.

Beliau mendakwa, semua pemain sudah dimaklumkan setiap  pergerakan mereka dipantau pihak pengurusan besbol itu namun, pemain pula menjelaskan tidak sedar kewujudan CCTV rahsia itu yang dipasang secara sembunyi bagi mengintai gerak-geri mereka. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori