Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahasiswa Kecewa Tiada Peruntukan...

KUANTAN - Belanjawan 2020 yang disifatkan 'semua orang gembira' oleh Perdana Menteri, Tun...

Tanah, Premis Biak Nyamuk...

LUMUT - Pemilik tanah dan premis di Perak yang membiarkan aset mereka menjadi...

Malaysia Sokong Penuh Inisiatif...

BEIJING - Malaysia menyokong penuh inisiatif Jalur dan Laluan kerana negara akan memperoleh...

56 Kes Positif Covid-19...

KUALA LUMPUR - Dua Ahli Parlimen, enam pegawai pengiring dan 48 pegawai pelbagai...

BR1M Penentu Terima Pinjaman PTPTN Penuh @ Separuh

Kekangan kewangan yang ditanggung oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana peminjam liat membayar hutang menyaksikan satu peraturan baru dikuatkuasakan bagi memastikan kelangsungan PTPTN membantu pelajar.

Kelayakan keluarga menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menjadi kayu ukur sama ada pelajar mendapat  pinjaman penuh dari PTPTN.

Langkah yang mula dikuatkuasa Sabtu lepas menyaksikan pengurangan sebanyak 5 peratus bagi pinjaman di instituti pendidikan tinggi awam (IPTA) dan 15 peratus di IPTS.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, hanya BR1M digunakan sebagai sistem tapisan yang menentukan kelayakan jumlah pinjaman maksimun dari badan berkenaan.

Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 8,000 maka anak mereka akan memperoleh 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman.”


Manakala, jika pendapatan isu rumah melebihi jumlah berkenaan, peminjam hanya layak untuk menerim 50 peratus sahaja peruntukan pinjaman.

Menurut Shamsul lagi, dengan kekangan yang dihadapi PTPTN sekarang, badan itu tidak mempunyai pilihan lain, sama ada mengurangkan jumlah peminjam sebanyak 50 ribu atau mengurangkan jumlah pinjaman sedia ada.

“PTPTN memilih pilihan kedua agar bilangan pelajar yang menerima pinjaman akan kekal sama,” kata Shamsul lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori